>

Saturday, May 31, 2008

Penyuntik Semangat

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeayy!! Harini kembali bersemangat untuk study dan menghadapi Kertas 3 Ilmu Hisab. Kerana, harini, 3 orang penyuntik semangat telah menziarahiku di kolej. Alhamdulillah. 3 orang itu merupakan Abah, Emak dan Angah. Mereka terpaksa melalui jalan yg penuh ranjau berduri memandu selama plus minus satu jam menyusuri lebuhraya di bawah seliaan UEM, isk, aku amat terharu.

Sejak musim exam ni, mak dan abah selalu jer datang menjenguk aku. Memang fitrah parents, pasti risau akan anak2nya. Masalahnya, anak2 ni je yg x reti nak hargai kasih sayang mak bapak (adush... terasa). Aku bersyukur kerana study di sebuah kolej yg xdela berapa dari rumah terchenta. Kalau nak dibandingkan ngan rakan2, amat susah diorg nak balik, mahupun ibu bapa mereka menziarahi. Aku rasa sedikit beruntung. Mungkin parents aku berpegang kepada prinsip

Your children need your presence more than your presents

Oleh itu, dalam pukul 9.40, Emak menelefonku untuk memberitahu yg mereka dah masuk ke susur keluar Lembah Beringin yg permai ni. Jadi, aku disuruh untuk menanti kehadiran mereka di cafe. Tak lama kemudian, kelihatan kereta Naza Citra berwarna silver.

Kereta keluarga yg banyak berkhidmat (dan banyak makan minyak!!)

Aku lantas bersalam ngan mak, abah dan angah. Kami menuju ke kafe kerana diorg masih x breakfast. Kami menjamu selera dengan nasi lemak kafe yg famous di Lembah Beringin ini, wahahaha. Sesambil makan, kami berbual. As expected, abah tny aku pasal exam. Dan as expected, aku menjawab, ok jer. Satu kata2 abah yg melekat dalam otak aku ni:

End your last miles with a big smile

Abah memang petah berbahasa. Dan kata2 abah sering menjadi penyuntik semangat aku. TQ abah!!!

Setelah kekenyangan, aku disuruh untuk memandu kereta ke hadapan chalet. Wah, aku x menolak lah, maklumlah dah lama x drive, nak gak pandu uji kereta, huhuhu. Nasib baik tidak terkantoi dengan mane2 cgu (jgn bgtau Pn Rog). Dan aku terkejut (buat2) apabila mendapati emak membelikan dunkin donuts dan McDonalds untuk aku. Bertambah terharu aku, huhuhu...

Jadi, aku melambai selamat tinggal kepada mereka. Kereta Naza Citra meluncur laju di jalanan, dipandu oleh abah. Terima kasih ahli keluargaku. Aku xkan sia2kan kedatangan anda semua! Aku akan berusaha mendapatkan yg terbaik. Aku berfikir, walaupun keluarga aku ni tidaklah mewah mana, tapi, aku tetap rasa bahagia. Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yg bahagia dan concern tentang diriku.

Ok, semangat study P3!!!!

Kereta NAZA meluncur di jalan...

Photobucket

4 comments:

Awang Najib Bin Awang Mohamad said...

waa..best nyer T.T
tu yg best rumah dkat ngan kolej
leh dpt makanan free
hehe

Anonymous said...

Assalamualaikum
Beruntungnya kamu, still diberi nikmat mendapat lawatan mak n ayah. Dulu kt sekolah lame mak ayah aku selalu datang lawat, cuma aku kurang menghargai mereka. Alangkah bagusnya jika mak dan ayah aku dapat buat seperti mak dan ayah kamu datang ke kolej memberi semangat yg lebih utk anaknya. Tapi tak mengapalah, pasti ada hikmahnya ujian ini. To all readers, hargailah perkara yg org buat utk kita,especially family kita sendiri, kerana kita akan benar2 terasa ketiadaannya bila mereka tiada lagi di sisi kita.(Apa yang saya maksudkan di sini macam melawat seperti yang saudara huzaifah alami )
WA

Anonymous said...

Excellent goods from you, man. I have understand your stuff previous to and you are just extremely wonderful.
I actually like what you've acquired here, really like what you're saying and the
way in which you say it. You make it entertaining and you still care for to keep it sensible.
I can't wait to read much more from you. This is actually a terrific website.

Here is my web-site; tvlinks

Anonymous said...

Hi there, I found your website by means of Google even as searching for a similar matter,
your site got here up, it looks great. I've bookmarked it in my google bookmarks.
Hello there, just changed into aware of your blog via Google, and found that it is truly informative. I am going to watch out for brussels. I'll appreciate for those who proceed this in future.
Numerous folks will be benefited from your writing. Cheers!



Have a look at my website ... how to get rid of belly fat fast