>

Thursday, May 29, 2008

Bersangka Buruk

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat: 12)

Bersangka buruk. Term yg memang famous gak kat kolej ni. Pernah gak terjadi kat aku:

Apabila menulis e-mail menggunakan HURUF BESAR, disangka aku menengking, tapi hakikatnya, hanya untuk memberi penekanan kepada point itu. Cube baca email tu ngan benuh kasih sayang, maka, xkanlah rasa yg aku marah

Apabila org mengamalkan sunnah Rasulullah, mulelah kite kata die ujub atau sebagainya. Well, mane kiter tahu hati dan niat seseorang tu. Tidakkah jadik fitnah klu ape yg kiter cakap tu salah? Bagi aku, tanggungjawab kiter ni adalah untuk bersangka baik ngan sume org. X kesahla ape niat die sebenarnya, itu antara die dan Allah. Tanggungjawab kiter ni, untuk bersangka baik.

Tapi, x dinafikan, akan terdetik di hati (selalu) sesuatu yg x elok andai nampak sesuatu yg pelik yg dibuat org. Ape nak dilakukan? Well, bagi aku, untuk mengelakkan kite terus bersangka buruk dan kemudian akan meningkatkan tendency untuk mengumpat dan memfitnah, kiter tny je la org tersebut. Mungkin penjelasan yg bakal diberikan bakal menjawab segala persoalan.

http://ilearntechnology.com/wordpress/wp-content/uploads/2007/10/blogger.png

Dalam dunia blog ni turut hangat benda ni. Segala macam tohmahan dilontarkan melalui blog oleh individu yg xnak memaparkan nama sebenar. Aku x salahkan korg, malah, bagus korg suarakan, barulah tahu keadaan sebenar. Tapi, apakah gune untuk meminta penjelasan hanya melalui shoutbox? Penjelasan dalam shoutbox biasernya ringkas dan mungkin akan mewujudkan lebih banyak miscommunications. Lebih banyak salah paham akan berlaku. Jadi, bertemulah muke ke muke (face to face).

Satu fenomena yg amat menakutkan bloggers yg dah lama berkecimpung dalam Blogosphere. Kami sedar akan kelimpahan blog zaman ini. Ramai giler yg dah ade blog. Namun, kami khuatir, andai fenomena ini akan meruntuhkan sistem sosial manusia. Huh, macam berat bunyinya. Memang pun. Contohnya, blog ni dah jadi medan meluahkan perasaan. Jadi, kuranglah bloggers ni meluahkan perasaan pada manusia. Dan hanya menulis di blog x menyelesaikan masalah, dan akhirnya, banyak kes bunuh diri dilaporkan.

Dan ape yg menakutkan Bloggers seperti aku, ialah dunia blog ni dijadikan medan perang yg mewujudkan perasaan benci, mewujudkan spekulasi, medan memfitnah dan sebagainya yang akhirnya akan mewujudkan sifat pessimis dalam diri bloggers terhadap masyarakat di sekeliling. Kat kolej ni pun kiter boleh nampak skit2.

Walaupun perkara ni blom jadi seserius ni, tapi menurut pemerhatian, amat dikhuatiri perkara ini akan berlaku. Oleh itu, aku nak mengajak diri sendiri dan sesape yg baca blog aku ni untuk sama2 mewujudkan persekitaran Blogosphere yg harmoni. Elakkan konflik, elakkan bersangka buruk. Aku rasa dah jelas dah kan ayat al-Quran di atas?

Wallahu'alam.

Photobucket

No comments: