>

Wednesday, May 14, 2008

Promosi Blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Bak post aku terdahulu, dunia blog ni semakin lewah, ataupun meleret2. Dari hari ke hari, semakin ramai la plak yg dah ade blog. Aku dah agak letih untuk cakap ni, tapi cakap la gak,

Welcome To Blogosphere!!!

Selamat terjun ke dalam dunia blog, dan diharap supaya selamatlah mendarat. Blog terbaru yg muncul, adalah blog seorang rakanku yang bidangnya, jika sekali dengar, meremang gak bulu roma, bulu kaki, dan segala-gala bulu yang ada atas badan. Beliau diberikan nama Anas. Yer, Anas!!! Jangan x percaya atau buat2 x percaye.


Celoteh seorang blogger

Asalnya, Anas ingin merahsiakan blognye ni dari khalayak ramai. Malu, x stabil lg katenya. Namun, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh terjelepuk juger ke simen. Aku pada mulanya dapat bau-bau yg Anas nak buat blog melalui Hisham. Namun, still x dapat address die. Aku cuber2 bukak address yg aku rasa logik untuk Anas nye blog, dan ternyata, sangkaan aku tepat. Ini kerana address blog die amat mudah

http://anaspauzi.wordpress.com/

Mudah kan? Dan aku kater kat Anas, yg aku nak tulis post khas untuk promote blog die. Pada mulenya, Anas shy2 cat, malu2. Merah muke die ibarat baju merah yg die pakai minggu lpas. Katenya, tgu sehingga stabil. Aku menghormati keputusannya. Tetapi, hari ni, mungkin hasil pressure rakan2 blogger yg lain, Anas telah membenarkanku menulis satu post berkenaan blog beliau. Actually, ade je aku detect beberapa blog rakan2 KYUEM yg lain, tapi xnakla aku tulis dlm post ni, sbab x dpt kebenaran diorg lagi. Cube la carik kat list kat tepi blog ni yg panjang macam Sg Rajang.

Dan sekali lagi, aku mengeluarkan ayat yg mesti da ramai buhsan melihatnya,

Write to express, not to impress

Tulislah untuk diri anda dan bukannya untuk impress org. Tapi, kalau ade pengajaran yg mampu orang ambil, Alhamdulillah. Knape pentingnya niat menulis ni? Supaya, kalau skit org bace pun, anda akan tetap istiqamah mengupdate. Kalau anda slalu update tazkirah, tapi skitla org yg bace, anda xkan kecewa, sebab anda sendiri yg mendapat manfaatnya. (Klu korg bace la, klu setakat copy paste, aku no comment)

Semoga ko istiqamah, Anas. Kepada yg ditakdirkan Allah membaca blog aku ni, jom support dengan link kepada Anas.

http://anaspauzi.wordpress.com/

Individually, we are one drop, together, we are an ocean

JOM SUPPORT!!!

Photobucket

No comments: