>

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas solat Subuh tadi, saudara Shah Ridwan (Ayah Pin), memberikan tazkirah berkenaan ibu, maklumlah, harini kan Hari Ibu. Tapi, bukanlah niat aku nak menulis pasal tazkirah yg disampaikan Shah tadi.

http://www.wondercliparts.com/holidays/mothers_day/graphics/mothers_day_graphics_16.gif

Lepas abis sesi tazkirah, aku segera bergegas pulang ke chalet dan mendapatkan telefon bimbitku. Segera aku mendail no rumah. Alhamdulillah, dapat bercakap dgn mak dan mengucapkan:

Happy Mothers Day

Ibu. Setelah berpenat lelah menanggung jerih payah mengandungkan kiter selama 9 bulan, setelah bertarung dengan ajal ketika melahirkan kiter, adakah kiter menghargai mereka? Adakah kiter sentiasa ingat kepada mereka. Lumrah anak2, termasuk diriku, di kala gembira, x pernah kiter ingat mak bapak kiter, tapi di kala sedih, xde duit, topup abis (hehehe), time tu ar nak call mak bapak. Tapi berbeza dgn mak kiter. X kira apa pun, percayalah, diorg sentiasa rindukan dan ingat kat anak2. Teringat quotation:

A mother always has to think twice, once for herself and once for her children

Kepada yg masih mempunyai emak, telefonlah ke rumah dan raikanlah mereka. Hakikatnya, ibu kiter perlu diraikan setiap hari, namun, jadikan Hari Ibu ni sebagai titik tolak kiter menambahkan penghargaan kiter terhadap mereka yang banyak giler berkorban untuk kiter. Bagi yg telah kehilangan ibu, usah ditangisi perkara yang dah pergi. Doakanlah kesejahteraan mereka di sana, moga roh mereka dicucuri rahmat, doa anaklah antara amalan yang xkan terputus selepas mati.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
(Muslim: 4621)

Ibu merupakan insan yg begitu mulia. Mana x nya, pengorbanan seorang ibu tu amat besar. Xde insan lain yg sanggup bersusah payah demi kiter, melainkan ibu kiter. Di kala kiter menangis, mereka menenangkan kiter. Di kala kiter terluka, mereka mengubati kiter. Di kala kiter kecewa, merekalah yg memberikan semangat kepada mereka. Tetapi, mengapakah ramai daripada kiter yg take them for granted?

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيما
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Ayat Al-Isra':23)

Betapa aku banyak menyakiti hati emak. Bukan setakat ha, malah lebih dari tu. Betapa aku rasa bersalah. Aku masih ingat lagi, ketika aku bersekolah rendah, aku nak sgt menyambut birthday aku sama2 kawan2 kat sekolah. Dan pada haritu, mak sanggup bersusah payah berjalan kaki dari rumah, sejauh 1.5 km, sewaktu matahari tegak di atas kepala, semata2 nak menghantarkan sedikit makanan untuk aku menyambut birthday bersama rakan2ku. Waktu tu, aku x mengerti kepayahan mak, tapi hari ni, di kala aku ingat balik situasi tu, amat mudah aku alirkan air mata. Namun, ape yg aku balas kat mak? Aku lagi banyak menyakitkan, melawan cakap mak. X adil langsung balasan aku kepada mak kan? Walau aku bagi ape2 pun yg aku punyai dalam dunia ni, tetap, x dapat gak membalas pengorbanan mak.

http://stamping.thefuntimesguide.com/images/blogs/Mothers_Day_Card1.jpg

Jadi, yg membaca samada sengaja atau tak, jika anda masih mempunyai ibu, telefonlah mereka, bermanjalah dengan mereka, kiter x tahu, mungkin ajal mereka atau ajal kiter yg sampai dulu. Janganlah apabila mereka dah xde, baru nak menyesal, sayangilah mereka seadanya....

Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.
(Muslim: 127)

Dalam puisi agungnya, Ke Makam Bonda, Sasterawan Negara Dr. Usman Awang menterjemahkan kasih ibu sebagai kemuncak paling murni dalam darjah kemuliaan insan. Wanita yang di tangannya ada kasih, di jiwanya ada sayang merupakan anugerah Tuhan paling agung dalam kehidupan seorang insan. Tiba-tiba kita akan menjadi sebak dan terharu apabila diajak berbicara tentang wanita yang mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari dan menggadaikan nyawa bertarung dengan maut kala melahirkan.

Usman Awang

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan

Photobucket

No comments: