>

Thursday, May 22, 2008

ChemisShree

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pukul 8 malam tadi, Miss Shree membuat kelas tambahan paper 4. Jadi, selepas solat Maghrib, aku, Syafiq dan Mas bergerak ke ChemisShree Lab 4.

Miss Shree yg semangat

Kami mengambil tempat memasing. Beberapa minit kemudian, kelihatan beberapa pelajar block 4 masuk dalam lab. Aku, Syauqi dan Syafiq memandang kepelikan. Lerr, rupe2nya klas malam ni bergabung ngan block 4. Ramai sungguh yg datang, hampir penuh lab tu.


Kami memula membincangkan kertas application yg kami buat minggu lpas. Pasal drug designing. Bukan main susah lagi. Tapi, setelah mendengar penjelasan dan penerangan dari Miss Shree, barulah paham dan jelas sedikit.

Kami diberi ngan bertimbun2 kertas latihan. Wah, adakah sempat utk aku abiskan semua ni? Mahu termuntah jadiknya. Namun, aku berazam xnak sia2kan usaha Miss Shree memphotostat kertas2 itu untuk kami. Aku pasti, jika aku letih, Miss Shree berkali ganda lebih letih lagi.


Lpas tu, kami membuat review bab2 core. Setelah direview topik2 kritikal, aku sedar, masih banyak yg perlu aku cover dan usahakan untuk perbaiki. Kena push giler2 6 hari akan datang. Esok akan ade gak kelas pukul 8, tapi untuk paper 5. Semangat!!!

Kelas habis dalam pukul 10.15. Aku, Syafiq, Syauqi dan We bergerak ke surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.

Mood: Chem!!!

Photobucket

No comments: