>

Thursday, March 27, 2008

Selamat ber'MYC'

بسم الله الرحمن الرحيم

The image “http://item.slide.com/r/1/0/i/iqKJjcsT0T8eG8PAI6FwuvPSkcX-pgNE/” cannot be displayed, because it contains errors.

Ramai rakan-rakanku yg akan pulang ke kolej harini bagi menyertai program Kem Belia Muslim atau name yg lebih famous ialah Muslim Youth Camp 2008. Kem ni akan bermula pagi esok, jadi, peserta dikehendaki pulang ke kolej hari ni.

Dan aku, tidak menyertai program ni kerana beberapa sebab. X payahla nak listkan sebab2 tu. Dan aku hanya mampu berdoa agar program ni akan berjalan dgn lancar, setelah segala perancangan yang telah dibuat. Maaf andai x membantu dan x dapat menjadi sebahagian daripadanya. Bagi penganjur, aku tahu korg da berpenat lelah dan bersusah payah nak menganjurkan program ni. Tapi, lpas segala perancangan, bertawakallah kepada Allah moga diperlicinkan lagi majlis ilmu ini.

إِن يَنصُرْكُمُ اللّهُ فَلاَ غَالِبَ لَكُمْ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكِّلِ الْمُؤْمِنُون
َ
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
(Ali-Imran: 160)

Kepada semua peserta, ikhlaskan hati, lapangkan dada untuk menerima ilmu Allah dalam program ni. Moga kalian diberkati. Walaupun ade exam menanti beberapa hari lagi, tapi yakinlah, jika kiter kiter ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan membantu kiter.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Muhammad: 7)

Kalau panjang umur dan murah rezeki, jumpa anda di kolej!!
Photobucket

No comments: