>

Thursday, March 20, 2008

Life is an Open Secret

Reading

Skarang ni tengah membaca buku Life is An Open Secret, karangan Sis Zabrina A. Bakar. Buku ni ade 18 motivational stories dalam die. Aku beli buku ni Sabtu lpas, dan smpi ke hari ni, aku baru habis bace cerita yg kelima.

Ape??? Pelik??? Yelah, dah 5 hari beli buku tu, tapi baru 5 cerita jer. Sejujurnya aku ckp, buku ni x tebal mane, satu cerita dalam 3-5 pages jer, tapi mengapakah aku memerlukan masa yg panjang untuk membacanya?

Pertama, sebab cerita2 dalam buku ni diselitkan dalil2 dari al-Quran dan Hadis dan ade jugak kata2 daripada tokoh2 yang terkenal. Lpas aku bace satu cerita, akan ku ulang cerita tu berulang kali, dan akan aku ulang2 dalil2 yang diberikan supaya aku mengingatinya. Xdela sekadar baca dan lupe kan?

Kedua, simply sbab aku sayang nak abiskan buku ni. Macam makan kek yang sedap, aku akan makan slow2, untuk menikmati setiap rasa kemanisan dan keenakan kek tu. Macam tu la yg aku rasa ngan buku ni, best smpi aku pun bace slow2 supaya dapat menikmati cerita tu dan seterusnya dapat meresap ke dalam jiwaku ini.

Sejujurnya, aku suke sgt buku ni, time da bosan study, akan ku buka buku ni, yela, nak dptkan motivasi, huhuhu. Bahasa simple dan mudah, dan gaya penceritaan amat rapat ngan pembaca.

The image “http://www.muslimahwritersalliance.com/sitebuilder/images/Trip_to_Penang_KB_242-117x158.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Sis Zabrina

Pasal Sis Zabrina ni, memang name die xdela famous macam A. Samad Said or sesaper pun, tapi buku beliau menjadi top di USA dan UK. Karya-karya Zabrina tidak cuma dibaca oleh kumpulan umur tertentu sahaja malah daripada remaja berumur 14 tahun di Kanada sehinggalah nenek di Amerika Syarikat yang berusia 69 tahun (info yg aku dapat dari mana entah).

http://www.muslimahwritersalliance.com/images/mwa_logo_e.JPG

Pencapaian anak jati Malaysia ini yang kini sedang mengikuti Ijazah Kedoktorannya di University of Newcastle, Australia, perlu diiktiraf kerana karya-karyanya bukanlah sekadar hiburan semata-mata tetapi sarat dengan pengajaran yang mengajak para pembaca untuk menjalani hidup di dunia secara optimis dan positif dan menuju kejayaan. (saya stuju!!!)

Dengan usahanya sendiri dengan bantuan suami, keluarga dan rakan-rakan karibnya, maka lahirlah edisi buku Life Is An Open Secret yang mengandungi 18 rahsia kehidupan yang perlu diketahui:

-Love Your Mother (Sayangilah ibumu)
-Decide Your Path Wisely (Pilih jalan hidupmu dengan bijaksana)
-Rise Early (Bangun awal)
-Face Challenges with a Zest (Hadapi cabaran dengan penuh semangat)
-Aim and Strive (Bertekad dan berusaha)
-Be Connected (Terus berhubung)
-Stay Steadfast (Berpegang teguh)
-Sharpen Your Communication Skills (Tajamkan kemahiran komunikasi anda)
-Say the Word and Do the Action (Sebutkan perkataan itu dan laksanakan perbuatannya)
-Choose Your Words With Care (Hati-hati memilih kata-katamu)
-Manage Your Time (Uruskan masa anda)
-Be Ready for Opportunities in Life (Sediakan diri untuk menikmati peluang kehidupan)
-What Goes Around Comes Around (Apa terjadi kepada orang lain mungkin terjadi pada diri kita)
-Half Full or Half Empty? (Kurang setengah dan setengah penuh?)
-Make Patience Your Policy (Jadikan kesabaran satu polisi)
-Be Persistent (Jangan berputus asa)
-Lesser of Me and More of We (Kurangkan saya dan lebihkan kami)
-Trust Your Lord (Percaya kepada Tuhan )

(Yang bold tu aku da abis baca)

Aku amat syorkan kepada korg sume untuk baca. Jadik, apa tunggu lagi, berlarilah ke bookstore terdekat dan belilah buku ni. Kalau anda sanggup berbelanja berpuluh ringgit beli novel Harry Potter, nape x buku ni?

Moga aku bermotivasi....
Photobucket

No comments: