>

Tuesday, March 11, 2008

Bersarapan di Kedai Mamak

Aku mandi dulu sebelum bersolat Subuh. Disebabkan mataku yg amat mengantuk, maka, aku melabuhkan kepalaku ke atas bantal di hadapan TV, tika mak menonton CSI. X sampai beberapa minit, mataku terlelap dan aku berada di dunia mimpi. (x mimpi pun sebnarnye)

Apabila bangun, baserla aku, lapar giler perut ni. Dan abah pun dah bersiap sedia memakai pakaian untuk mencari rezeki bagi kami sekeluarga. Dan Adam, anak jiranku yg dijaga oleh mak pun datang membuat bising, sampai aku pun terbangun dari tidor.

Abah mengajak aku untuk bersarapan di kedai mamak yg x asing lagi di bumi Ampang ni, iaitu Hidayah Indah. Dan emak x mengikut, sebab nak basuh baju dan mengemas rumah, jadik, aku dipertanggungjawabkan menjaga Adam, si budak bulat ni untuk makan di Hidayah. Seperti dijangka, aku memandu kereta ke Bukit Indah.

Nasi lemak yg langsung x disentuh

Adam yg x abis2 bercakap

Sesampainya ke Hidayah, aku memesan roti telur dan teh ais. Adam baserla, pow aku nye roti. Banyak gak die makan, dan yg paling menarik, die membuat bising yg tidak terhingga, bercakap x henti2. Namun, aku dah baser, x leh nak buat ape, memang budak ni peramah orangnye.

Pesanan aku sampai x berapa lamer kemudian. Sungguh menyelerakan nampak roti telur ni. Asap panas berkepul2 naik dan haruman sedap dan menyelerakan roti tu menusuk hidungku dan merangsang deria-deria bauku. Teringat firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Photobucket

1 comment:

dari hatiku turun ke jariku.... said...

salam...
an tertarik dgn kisah hidup seseorg even simple tp tetap terselit ayat Al-Quran....
bertepatanlah dgn ciri-ciri Kalamullah sesuai untuk semua manusia,untuk semua tempat,semua kaum dan generasi,lengkap dan terpelihara hingga hari kiamat...
teruskan usaha...(ayat skema skit)
wallahualam