>

Friday, March 28, 2008

A Change

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi, sekitar pukul 10 pagi, aku dan Along ke Ampang Point dengan menaiki kereta. Ada beberapa tujuan kami ke situ:

1) Membayar bil
2) Membeli Setem
3) Mengepos surat
4) Pergi ke CIMB
5) Pergi ke Giant Supermarket (berbelanjalah di mana rakyat Malaysia berbelanja!)


Dan yg aku nak highlight dalam post aku kali ni adalah 'kunjungan' aku ke CIMB Bank.

Lepas pergi ke BSN utk bayar bil, kami bergerak berjalan kaki (kereta dah parking) ke CIMB Bank. Xdela jauh sgt. Aku lantas pergi ke ATM untuk mengeluarkan duit. Takdir Allah, daripada 3 ATM Machine tu, ade satu jer yg boleh gune. 2 lain hampeh. Jadi, terpaksala aku beratur panjang bagi mencucuk kad ATMku ke dalam Machine. Aku pun mengeluarkan sejumlah wang dan menyimpan di dalam dompetku.

http://www.cimbislamic.com/images/islamic/logo_islamic.gif

Target kedua di CIMB, ialah dgn membuat akaun baru. Akaun Wadiah. Sebenarnya, dah lama nak tukar akaun ni, cume keadaan x mengizinkan. Dulu, masa aku buat akaun konvensional, xde langsung ilmu pasal perbankan dan finance ni. Main buat jer. Tapi Alhamdulillah, sejak masuk ke kolej, dan bergaul dgn rakan2 yang blajar ekonomi, serta juga aku diperkenalkan dengan buku Wang, Anda dan Islam oleh Ustaz Zaharuddin, terbuka hatiku untuk membuka akun baru berlandaskan syariat.

cover buku,  Image Hosting

Dividen daripada akaun konvensional adalah hasil riba. Sebabnya, duit yg kiter simpan dlm bank tu akan digunakan untuk memberikan pinjaman dgn faedah (riba) dan faedah tu plak akan dibahagi2kan kepada para penyimpan dalam bentuk dividen. Jadi, wang dividen tu sebenarnya wang hasil riba. Berbeza dgn perbankan Islam.

Allah berfirman:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah: 275)

Jadi, kepada sesape yg terbaca blog ni (macam ade je org bace), marilah kiter berhijrah kepada lunas2 syariat. Kalau nak ikutkan, sekarang ni banyak sangat perbankan Islam (Hong Leong pun ade). Jadi, x leh jadik alasan susah. Kemudahan dah ade. Tinggal kiter umat Islam ni yg nak memilih. Tapi, demi kebaikan dunia dan akhirat, marilah kiter berubah.
Photobucket

No comments: