>

Sunday, March 23, 2008

Aduhai Malaysiaku...

Ketika sibuk melayari dunia internet yg luas ni, aku terpanggil untuk melakukan google search untuk mencari maklumat berkenaan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Dan aku menjumpai link ke Wikipedia. Dan aku membaca tentang krisis kehakiman yang melanda negara pada tahun 1988 apabila Tun Salleh Abas dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara. Untuk pengetahuan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yg memecat Ketua Hakim Negara. Malu. Dan memeranjatkan aku apabila maklumat yg ramai org termasuk org Malaysia sendiri x tahu, terdapat dalam Wikipedia.

Untuk maklumat berkenaan Tun Salleh Abas, layari

http://en.wikipedia.org/wiki/Salleh_Abas

Dan maklumat tentang Krisis Kehakiman 1988 boleh didapati di:

http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis

Dan krisis ni menjadi titik tolak segala macam masalah dalam negara. Dan menariknya, sume masalah ni berkait. Kes video Lingam, kes Anwar Ibrahim, sumernya berkait antara satu sama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yg baru, Datuk Mohd Zaid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan kembali nama institusi kehakiman negara.

Moga kerajaan dapat memulihkan institusi kehakiman negara.

Photobucket

No comments: