>

Friday, March 7, 2008

4 hours

Abah sampai ke kolej pada pukul 4.2o petang approximately. Dan aku memanggil Epi, Famy dan Aslam yg ingin menumpangku.

Perjalanan agak lancar ketika di highway, cume hujan lebat melewatkan skit perjalanan. Abah berenti jap di Restoran Jejantas Sg Buloh, berenti untuk semayang Asar dan minum skit. Kemudian, perjalanan diteruskan.

Memasuki Kota Kuala Lumpur ku dapat lihat kesesakan lalu lintas. Aku fikir, baserla, KL, memang kota metropolitan yg dikenali di seluruh dunia kerana lalu lintas yg amat teruk. Tapi, ape yg menarik perhatian aku, adalah poster2 dan kempen2 pilihanraya di sekeliling KL. Meriah sungguh KL ni. Bulan, Dacing, Roket dan Bulan Pecah Dua, bersepah2 di sekeliling Masjid Jamek. Dan kami sampai ke PUDU lalu dropkan Epi di situ.



Perang Poster di KL

Perjalanan diteruskan ke Bandar Tasik Selatan. Ku dapa tlihat arus kenderaan yg ibarat sungai Pahang selepas hujan. Banyak giler kereta. Ku dapat rasakan kesesakan luar biasa akan berlaku. Ternyata tepat sangkaanku. Kereta bergerak ngan lambat, ibarat kadar pergerakan bendalir yg meresap di dalam pepejal. Namun, Ahamdulillah, menjelang jam 7 petang, sampai kami ke City of Southern Lake (Bandar Tasik Selatan).

Jem di MRR2

Terowong Smart, excited giler first time lalu

Aku dan Abah bergerak melalui MRR2 untuk ke rumah. Memang kesesakan yg amat teruk. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Nak berenti smayang, di tengah2 lautan kenderaan tu. Mane plak nak berenti. Xpe, aku yakin sempat sampai ke umah. Sebab xdela jauh sgt dari umahku. Namun, jangkaanku meleset sama seklai. Menjelang jam 8.20 malam, kami hanya mampu bergerak sampai ke Ampang Point jer. Apa lagi, aku bertayammum dengan menepuk dashboard kreta, pastu smayang je sambil duduk. Abah pun buat camtu, tapi hanya ngan mata jer. Abah kater

Ni orang berkempen ni, sampai 12 tghmalam ni

Memang logik, sebab ketika melalui Kampung Melayu (Jem jgak). Kelihatan bilik gerakan BN yg gilang gemilang, penuh org sampai menyusahkan kami yg nak balik nih.

Pukul 8.45 malam, kami sampai ke rumah. Letih.

Photobucket

No comments: