>

Friday, March 14, 2008

Kacamataku

Hurm...dah nasib org berkacamata. Kacamata perlu dijaga dan diselenggara ngan rapi dan baik. Kalau x, memang jangka hayat kacamata tu x lama. Itulah yg berlaku ke atas diriku pagi tadi.

Emak memintaku memandu kereta dan membawanya ke TESCO. Nak beli skit barang katanya. Namun, di kala aku nak kluar rumah jer, kanta pada cermin mataku tercabut dari kedudukannya. Lebih teruk apabila kedua-dua kanta turut tercabut ketika aku cuba memulihkannya. Power kanta aku xdelah tinggi mane, hanya kabur skit je mata aku, still boleh drive, aku fikir. Tapi Emak menegahku daripada drive. Kami bertukar tempat, Emak pulak yg drive.

Rupa bentuk kacamataku yg rosak

Sepanjang perjalanan, pandanganku kabur. Time ni, baru terasa begitu pentingnya nikmat mata tu. Allah mengurniakan aku mata untuk melihat kebesaranNya. Ciptaan Allah yg indah. Allah telah mengaturkan alam ini ngan sempurna. Segala-galanya teratur. Subhanallah. Walaupun rabun, aku masih bersyukur sebab x ditarik terus nikmat penglihatan tu. Adakah aku dah gunakan mata aku ke arah yg betul?

Allah berfirman:

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
(Al-Mulk: 3)

Koleksi kacamata di Focus Point

Sesampainya ke TESCO, aku bergegas ke Focus Point. Mujurlah pekedai tu baik dan sanggup membetulkan kacamataku dengan percuma. Terima Kasih kuucapkan. Terus aku pakai semula kacamataku. Wah...jelas kembali penglihatan ni. Alhamdulillah.
Photobucket

1 comment:

Zololkis said...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.