>

Saturday, March 15, 2008

Sayonara Kash-kun

Azran atau name manja, Kash dan nama gelaran, Macho megajakku serta rakan2 yg lain untuk ke Mid Valley. Nak berjumpa, maklumlah, beliau bakal melanjutkan pelajaran ke Niigata University, Jepun dan akan bertolak menggunakan kapal terbang MAS pada Khamis depan.

Aku sampai ke Mid Valley dalam pukul 11.36 pagi. HUrmm...lame dah x gi sini, rasa janggal. Kash bgtau yg die sedang menunggu di McD tingkat bawah. Dan aku bergegas ke tempat kejadian. Ler, ade 2 org baru, juz Kash n Acap Kadir. Namun, kami terus menanti dgn sabar kedatangan rakan2 yg lain. Smpi 12.40 menunggu, akhirnya, cukup korum. Hasnul, Abao, Anep, Bekem, Amin, Acan, Iman, Husaini (am I forgetting someone?).

Dan langkah pertama, kami makan. Abao, Hasnul, Acan dan Kash sibuk nak makan makanan Jepun. Disebabkan harga yg terlalu mahal, kami berpendapatan sederhana bergerak ke Burger King. Aku makan double pepper ape ntah, x ingat namanya, yg penting sedap!!!




Setelah makan, kami berjalan2 tanpa arah tujuan. Kebanyakan masa juz diisi dengan berbual dan beramah mesra. Maklumlah, da lame x jumpe. Berbual gak psl member2 SBPI Rawang. X lame kemudian, kami bertemu ngan Firdaus dan Topek Atan. Firdaus berperwatakan baru, dengan cap dan kasut yg boleh dibuat papan Chess. Yang bestnye, Amin tegur,

Meh2 sumer, beratur salam Tok Imam.

Malu2 Firdaus dibuatnya. Maklumlah, kat skolah dulu kemas, slalu jadik imam, tapi skarang penampilan ibarat rockers jalanan.

Kami bergerak ke surau di sebelah Giant. Kami berpecah, disebabkan surau yg crowded. Ade setengah yg pegi smayang di surau Jusco. Jauh di lubuk hati aku, aku berkata

Alhamdulillah, even personaliti diorg dah berubah, still smayang...

Lepas solat, kami xde arah tujuan. Kash bgtau yg P-jai akan datang. Wah, dah lame x jumpe bekas ketua pelajar ku ni. Camne die skarang erk? Diorg bercadang untuk bermain boling. Dalam perjalanan ke pusat boling, kami terserempak P-jai yg tgh berbual2 same2 junior2 kami yg baru amik result SPM. Beto dan lain2 (sori, x ingat nama korg). Begitu ramai berkumpul, macam perkumpulan samseng plak.

Aku berbisik kat Anep,

Ei, ko nak main boling x?

Anep jawab,

Xnakla

Aku cakap lagi,

Jom gi MPH, pastu balik

Anep jawab

OK!!!

Jadi, kami menyuarakan pendapat kami ni pada Kash. Pada mulanya, diorg x stuju dan berkeras mahu kami main boling gak. Namun, setelah puas memujuk, diorg pasrah. Aku dan Anep pun bersalam2 ngan diorg dan meninggalkan pusat boling menuju ke MPH. Di MPH, aku bingkas mencari buku Life is an Open Secret karya Zabrina A Bakar. Aku pernah layari blognye, dan memang agak menarik cerita2 die. Dikira2 menggunakan prinsip kalkulus, aku masih ade baki RM 29. Boleh beli satu buku lagi, aku lalu membeli buku La Tahzan. Teringat kata2 seorang tokoh,

When I have money, I buy books, the change, I buy food

Yeh...dan aku berbelanja RM 51 total untuk membeli buku dan aku x rasa menyesal berbelanja untuk beli buku. Moga bermanfaat....

Ramainya Orang

STAR

Aku pulang menggunakan komuter, bergerak ke Bank Negara, naik STAR di stesen Bandaraya dan terus ke Ampang. Sakit kaki...banyak sgt berjalan. Hujan membuatkan aku terpaksa berlari. Rosak kasut Nike Libretto Classic aku. Sesampainya di Ampang, Abah telefon dan kate nak ambil aku. Ok.


Tapi angah nak gi BIS. So, aku didropkan di Masjid Bukit Indah untuk bersolat Asar dan terpaksa berjalan kaki ke BIS.

Ok Kash, moga ko berjaya dan jangan lupe jati diri anda sbagai seorang MUSLIM

Photobucket

No comments: