>

Tuesday, March 11, 2008

Sedapnya Susu

Di kala satu keluarga telah dibuai mimpi, di kala TV terbukak menayangkan channel Animal Planet yg abah tonton sebelum terlelap mata, aku masih segar menekan papan kekunci laptopku. Angin sejuk tetibe bertiup dari mana, begitu misteri. Malam yg kelam ini sungguh sepi, dengan cahaya BULAN menerangi bumi Selangor ini. Walaupun bukan bulan mengambang, bulan sabit apa salahnya!

Dan aku berasa dahaga. Bukan dahagakan kasih sayang, tetapi dahagakan minuman. Untuk memuaskan tekakku ini, aku menelusuri ruang tamu dan ruang makan lalu sampai ke sebuah chamber yg dinamakan dapur. Ku buka dgn berhati2 sebuah peti berwarna kelabu yg berada di hadapan mata. Sekilas aku membukanya, udara sejuk menerpa ke arahku. Peti sejuk rupenya. Aku memanjangkan tangan dan menerkam sekotak susu coklat berjenama Dutch Lady.

http://www.dutchlady.com.my/sharedfiles/language.jpg

Aku berpatah balik, menelusuri jalan yg bertatahkan marmar. Ku singgah di ruang makan, melerakkan kotak itu di atas sebuah meja, dan menuangkan susu coklat itu separuh gelas. Lalu, dengan pantas, aku meneguk susu itu berhati-hati. Setitik demi setitik susu itu menuruni rongga tekakku. Dan setiap titik susu itu memberikan nikmat dan rasa yg tidak terhingga.

Teringat firman Allah:

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهِ مِن بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَّبَناً خَالِصاً سَآئِغاً لِلشَّارِبِين
Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.
(An-Nahl : 66)

Subhanallah. Begitu hebat Allah yg menciptakan susu ini yg keluar daripada haiwan yg dinamakan lembu. Begitu bersih susu ni dan sedap plak tu (of course sedap sbab tambah coklat gak). Susu ni dahla berkhasiat, kaya ngan protein, kalsium dan vitamin C. Baik untuk tumbesaran yang sihat!!!

Hadis Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a katanya:
Ketika kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah, kami telah berjalan melintasi seorang penggembala kambing. Ketika itu Rasulullah s.a.w benar-benar merasa dahaga. Lalu aku memerahkan sedikit susu untuk Baginda. Aku bawa kepadanya dan Baginda pun meminumnya sehingga aku merasa puas hati.
(Muslim: 3749)

Hadis di atas termasuk dalam Bab Harus Minum Susu.

http://students.stttelkom.ac.id/wanita/images/gbupload/1157982028milk_skim.jpg

Jadi, apa tunggu lagi? Banyakkanlah minum susu bagi memastikan tumbesaran yg sihat! Nikmatilah susu yg segar dan manis itu, dan ucaplah Subhanallah kerana Allah telah menciptakan sesuatu yg hebat!

Photobucket

5 comments:

Ajah said...

minuman fav Jpah = Yazoo coklat (nnt aku wt hadiah besday la ye) ngeh3

Jpah said...

nak strawberi skali

Ajah said...

eh, demand.. satu sudeyh.. jimat2..

(oh ye, xde org prasan kot aku dh tuka nama.. kalo x, kantoi jd pengomen terhebat plak.. mulut asyik pot pet je.. adei2.. jpah, jgn bising2 ye)

Jpah said...

aku da buang pun gadget pengomen tu....

Ajah said...

oh ye? hihi.. tuka balik kepada nama kegemaranku.. Pacat.. :)