>

Wednesday, March 26, 2008

Niatku hanya satu....

بسم الله الرحمن الرحيم

http://ecx.images-amazon.com/images/I/51X81S5T6VL._BO2,204,203,200_PIsitb-dp-500-arrow,TopRight,45,-64_OU02_AA240_SH20_.jpg

Dimulakan post ini dengan Bismillah. Biler aku tgk2 post2 terdahulu, baru aku sedar, aku x memulakan post-post aku terdahulu dgn bacaan Bismillah.

Hari ni, Alhamdulillah, aku diberi kekuatan dan keazaman untuk membuat latihan P3 Pure Mathematics. Berpandukan buku teks Oxford A-Level Introducing Pure Math yang setebal bantal itu, aku melakukan latihan dengan berhati-hati. Banyak gak yg sempat aku habiskan (malu nak cakap berapa soalan abiskan), banyak bg aku, relatif dgn hari2 sebelumnya. So, jangan tny!!

Sesambil aku mengira-ngira jawapan kepada persoalan Mathematics yang memeningkan ni, aku melihat-lihat laptop di depan mataku. Sesekali ade juga yang berchatting denganku. Contohnya Azad, sahabat sekolahku dulu. Dah nak jadik cikgu dah ko yer Azad, hehehe.

Trial tinggal beberapa hari, dan x lame pastu, da exam A-level. Adakah aku dah bersedia? Aku bertanya diriku sendiri. Tetibe, muncul dalam pikiranku, apakah niatku belajar ni sebenarnya? Adakah nak dapat straight A semata-mata? Ataupun nak fly ke negeri orang? Ataupun hanya sebab dah terikat pada kontrak?

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إنما الأعمال ‏ ‏بالنية ‏ ‏وإنما لامرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة يتزوجها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya

(Muslim: 3530)

Aku berfikir sejenak. Selama beberapa belas tahun belajar, mula dari tadika, hingga ke A-level ni, dan InsyaAllah akan ke Universiti, apakah niat utamaku? Kalau dah dapat straight A, pastu? Kalau dah masuk Uni, pastu? Aku berfikir. Tapi, jika kiter berniat belajar untuk mendapatkan keredhaan Allah, nescaya, kiter xkan jemu2 belajar, malah akan dedikasi terhadap kelas dan kerja rumah. Jika kiter berniat belajar sebagai ibadah, pasti kite akan khusyu' dalam kelas, pasti kiter akan rasa berdosa ponteng kelas. Nescaya ilmu2 time PMR dan SPM dulu akan kite ingat dan amalkan (dush x3 ..ouch!!!)

Insaf. Marilah bersama-sama kiter berazam dari hari ni, untuk sama2 memperbetulkan niat kiter belajar tu. Kalau dulu, kiter berniat hanya kerana nak dapatkan laba dunia, marilah kiter berniat untuk mendapatkan sesuatu yang kekal abadi, iaitu rahmat Allah dan syurgaNya.

Dan, jangan buang masa, setiap masa, gunakan untuk memperoleh sesuatu yg berfaedah, kerana ilmu tu x terbatas di dalam buku jer. (Aku sound diri sendiri). Moga aku akan kuat, dan x cakap lebat. Hehehe....

http://nalts.files.wordpress.com/2006/05/forgot.jpg

Dan (lagi..) andai aku terlupa, aku harap rakan-rakanku akan ingatkan aku supaya memperbetulkan niat asal aku selaku hamba Allah.

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Adz-Dzaariyaat: 55)

Allah jua yang Maha Mengetahui...
Photobucket

No comments: