>

Thursday, September 4, 2008

Xde Elektrik

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.ddsb.com/images/tnblogo.jpg

Menurut notis gangguan bekalan elektrik yang diedarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), hari ni, akan ade gangguan elektrik di sekitar Ampang Jaya kerana ada penyelenggaraan pencawang oleh para pekerjanya. Para pekerja yg berkemungkinan adalah Anas, Kamal, Nazri, Muzzein dan Zulfahmi. Disebabkan mereka ni adalah beginner, mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugas. Elektrik akan terganggu pada:

10 pagi - 7 petang

9 jam. Sungguh lamer mase yg diperlukan. Namun, aku tahu, ni approximate jer. Ok, rakan2 TNB, jalankan tugas dgn mantap!!!

Maka, ketiadaan elektrik menyebabkan modem internet tidak berfungsi seterusnya menyebabkan ketiadaan internet di rumahku. Oleh itu, ingin diumumkan bahawa aku tidak dapat mengupdate blog dalam tempoh itu. Jadi, janganlah berasa sedih, cuak dan saspen andai aku tidak mengupdate blog harini. Jangan pulak rasa down kerana tiada post baru harini (hehehe). Aku akan kembali secepat mungkin (ceewaaah).

Wallahu'alam

Photobucket

No comments: