>

Sunday, September 28, 2008

Dunia Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Perhatian, post ini tiada kaitan dgn Drama Dunia Baru di TV3 tu tau.


Alhamdulilah, menjejakkan kaki ke United Kingdom, di bumi London ni bersama2 rakan2 yg lain semalam. Perjalanan 13 jam yg melenguhkan badan serta membusankan akhirnya sampai ke penghujung.

Sewaktu di airport, kami dijemput oleh Encik Zaki, orang dari MSD, Pn Rahiyah, orang PNB di UK serta super2 seniors yg amat setia menunggu. Isa, dari Imperial serta Firdaus Rahim dari Notts. Maka, kami terpisah. Bebudak Warwick pergi dgn menaiki bas terus ke Coventry dan aku, Irfan dan Isa dibawa oleh Encik Zaki ke MSD dgn menaiki kereta, best, sebab free.


Aku dibawa ke rumah Isa, dan berjumpa Masrizan dan Shah yg masih mengantuk, jetlag. Lepas riuh rendah bersalam dan berpelukan, aku duduk2 skjap. Mmg x letih sgt rasa badan, maklumlah, dah sampai ke UK, macam excited giler. Lpas tu, aku diajak utk berjalan2 sekitar London. Dan, aku, ape lagi, walaupun x cukup tido, kembali segar apabila diajak berjalan.

Dari umah Isa, kami berjalan ke kota London. Mmg amat kurang bangunan tinggi. Sume kedai kecik2 tapi banyak. Jalan pun kecik jer. Namun, ape yg aku kagum ngan diorg ni, sivik tinggi giler. Contohnya, nak lintas jalan, kengkadang xde traffic light pun, gune Zebra crossing jer. Tapi, Isa dgn slambernya melintas tanpa tgk kiri kanan. Dan, yg amat menarik, kereta2 di jalan tu berenti, even kiter masih baru sentuh kaki kat jalan tu, dan even kalau kereta tu masih di lorong bertentangan. Hebat.

Portobello Street

Untuk merasai tradisi dan adat orang di sini, Isa membawa kami ke Portobello Street, kalau kat Malaysia tu, ibarat Petaling Street. Cume kat sini, banyak barang2 antik yg dijual dan disebabkan hari kami pergi adalah Sabtu, maka, amatla ramai orang bersesakan di situ, letih gak menyelinap sana sini, dan kami x belanja ape2 pun, hahaha.

Central Mosque

Pastu, kami naik Tube. Isa membelikan kami Oyster Card, ibarat Touch N Go di Malaysia. Tube punyer map ni, bapak berserabut. Banyak gile station. Dan aku, Mas dan Shah hanya ikut je ke mana Isa pergi bawak kami, hahaha. Kami singgah di Central Mosque of London untuk bersolat Zuhur. Di situ, English usage aku mule diuji bile aku borak2 ngan Pak Arab di situ.

MasyaAllah, brother, Alhamdulillah


Pastu, kami sampai di Westminster. Dari situ, nampak London's Eye, Parliament dan Westmister Abbey. Kitorg duduk di Parliament Square hampir setengah jam. Sumenya gara2 rumput yg sejuk dan best amat duduk atas rumput tu dalam suasana 14 darjah Celcius. Kami agak melanggar adat di situ. Omputeh sume duduk di bahagian yg kena cahaya matahari, tapi kami ni, duduk di bahagian yg redup2 jer, hahaha. Peduli ar.


Lpas tu, kitorg pegi la plak ke Imperial College, tempat kitorg nak blaja nanti. Kitorg naik bas jer. Bas agak banyak di sini. Asyik nampak bas je keje. Kereta plak pelik2. Bile nak bas double decker je, mesti kitorg lepak atas, padahal 2 station jer, hahaha. Sampai je di Imperial, kami singgah kjap di prayer room Imperial b4 kami menjelajah masuk ke bangunan IC, melalui Tanaka Business School, masuk ke Department of Biochemistry, hahaha.

Lpas da letih menjelajah London dari 11 pagi sampai 5 petang, dan disebabkan aku ni yg x sempat rehat lagi semenjak sampai ke London, aku da letih amat. Mata kuyu, kepala pening. Jadi, kami menuju ke Malaysian Hall untuk persediaan majlis berbuka. Terjumpe plak dgn Ajah, dgn rakan2 Surreynya, hurm. Pastu, Iq, Fitri, Famy, Adam, Bashir dan Iman pun datang utk berbuka di Malaysian Hall. Meriah sungguh bebudak KYUEM ni da kumpul

Ok, nak pegi jalan ke Greenwich plak, Salam, doakan aku selamat.
Photobucket

1 comment:

Ai said...

lo... sepanjang2 aku kat london x penah nampak kete wira... >,< syabass!