>

Sunday, September 14, 2008

Imsak ke Subuh

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku x taulah camne korg, tapi, bagi aku yg amat cetek ilmu pengetahuan ni, sering aku tersilap. Terutamanya time Ramadhan camni. Bile kiter bersahur, ramaila antara masyarakat Melayu kiter ni yg berenti sahur sebelum Imsak. Imsak ni adalah waktu yg lebih kurang 10 minit b4 Subuh. Bile dilihat ade org yg bersahur lepas waktu Imsak, muke memasing dah pelik.

Ni, x sah puasa die, sbab sahur lpas Imsak, sambil buat muke musykil

Betulkah amalan ini? Dari mana datangnya waktu Imsak nih? Mungkin famous waktu Imsak ni sbab biasenya dalam iklan2 waktu berbuka puasa, mesti diselitkan waktu Imsak. Jadi, mungkin persepsi orang, waktu Imsak tu adalah waktu tamatnya tempoh sahur. Btul ke?

“Makan dan minumlah kamu sehingga nyata benang putih (fajar sadiq- permulaan waktu subuh) daripada benang hitam (penghujung waktu malam) iaitu fajar.”
(Al-Baqarah: 187)

Ayat ni menjelaskan yg kite diharuskan untk makan dan minum sehingga Subuh. Mengikut ulamak, ayat ni bukanla memberi makna wajib, tapi paling kurang, harus.

“Janganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para ulamak sependapat yg Bilal melaungkan azan awal untuk mengejutkan orang bersahur, tapi Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan untuk menandakan da masuk waktu Subuh.

Jika diteliti plak kitab2 muktabar, contohnya, kitab2 Imam Syafi'e, x dinyatakan plak pasal waktu Imsak nih. Hurm... Ade sesaper ade pandangan?

Photobucket

4 comments:

Anonymous said...

sangat 'clear' imsak itu 10minit seblom subuh....
tapi itu gw tak tau la beb, kene tanye yahya..haha

AT said...

TQ for the info!
btwn, gambar sembahyang kat taman really touch my heart!

shahpie aziz said...

aq nie xbpe la ok sangat agame.,
tp setahu aq.
definisi puase adalah,
mase trbit fajar hingga tenggelam matahari.
so imsak nie yunk mengingatkan kte waktu mkan sblom puase bmule hampir tamat.

CyberArachnid said...

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bermaksud
"Kami bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya:” Berapakah jarak diantara bersahur kamu dengan sembahyang? Zaid menjawab: lebih kurang lima puluh ayat” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Telah dianganggarkan yang 50 ayat itu adalan dalam tempoh 10-15 minit dan tak lebih dari itu.

Dan, dedeQ is right. Imsak is just a reminder of the arrival of fajr or Subuh (ie. start of pose) dan tak batal pose kalau makan in between Imsak dan Subuh.