>

Monday, September 8, 2008

MCA, KLCC dan Low Yat

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku da janji ngan Firdaus (Pidah) yg akan menemankan dier untuk buat visa di wisma MCA di Jalan Ampang. Jadi, beliau memilih arini untuk wat visa. Maka, berkelanalah aku keluar dari rumah seawal jam 6.50 pagi waktu Malaysia.


Disangka keluar awal dapat larikan diri dari kesesakan trafik di KL, u know how bad it is. Tapi, still, aku dan abah masih terperangkap (or, shud I say, diperangkap?) di dalam kesesakan yg amat teruk. Muler dari jalan U-Thant, sehinggalah jalan Ampang, trafik bergerak amat perlahan. Dan, aku tiber di Putra Ampang Park pada jam 7.30 pagi.

Dalam pukul 8 pagi, Pidah muncul jua akhirnya, setelah membiarkan aku menunggu dgn x brape lame, iaitu 30 minit, kami bergegas ke wisma MCA.

Aku x buat bank draft lagi

Haa? Aku terperanjat. Adeyh, kenala wat dulu camni, klu x, camne nak apply? Tapi, disebabkan bank bukak pkol 9 pagi, kami pun pergila dulu ke wisma MCA tu dan mengambil tempat duduk dan nombor. Kemudian, Aslam dan Famy pun muncul. Kami juger terjumpe Kevin dan Yvonne di situ. X lama kemudian, seorang berbadan sasa berbaju jersey Malaysia muncul. Setelah diamati dgn teliti, rupe2nya itu Hafizuddin atau lebih comel dipanggil Hypo Aura. Rambut die telah berubah gayanya dan kelihatan lebih tuff.


Pada pkol 9 pagi, kami bergegas plak ke Maybank berdekatan utk buat bank draft. Terjumpe plak Yazira, Icha, Syuk dan Izzat. Lpas buat bank draft, trus plak kami balik ke wisma MCA tuh, nasib baik nombor kamu masih blom lepas.

KLCC

Alhamdulillah, Pidah dah berjaya buat visa. Jadi, kami bergerak ke KLCC sbab aku nak pegi Kinokuniya, memburu buku yg dah lamer aku carik. Carik2, x jumpe2 gak. Tny kaunter dan akhirnya, berjaya gak beli buku Life is An Open Secret, You, Me and We. Menangis terharu aku berjaya membeli buku tu, tapi xdela sampai menangis darah, yer!


Lpas plak pegi KLCC, kami menaiki Putra LRT menuju ke KL Sentral. Dalam tren, jumpe balik ngan Aslam, Izzat, Famy n Serap. Tapi, haluan kami berbeza. Diorg nak gi kolej manakala aku nak gi Low Yat. Kami berpisah di KL Sentral dan kemungkinan akan bertemu kembali di UK nanti (kecuali Izzat yg akan jumpe di airport).

Di Low Yat, aku nak beli satu compact camera yg murah, saje je utk merakamkan detik2 aku terbang dan detik2 tibe di UK. Setelah penat berpusing bersama Firdaus, terjumpe ngan Wan MARA bersama ayahnya, akhirnya, aku membeli kamera Olympus dgn harga sederhana. Xpela, malas nak carik lelebih. Cukupla utk aku amik gambar skit2.

Kemudian, terus je aku pergi ke STAR LRT Hang Tuah dan aku dan Firdaus berpisah di dalam Monorail. Moga bertemu lagi di IC!

Owh, beberapa soalan yg org tny aku harini:

Hypo SMS:

Salam. Kalo puasa buleh pki ubat titik mata x?

Jawapan aku:

Boleh, silerla pakai. Memasukkan pen ke dalam mulut, menggosok gigi, berkumur-kumur, membersihkan telinga, mengorek hidung, menggunakan ubat titisan mata, menyedut debu, peneranan yang tidak sempurna ketika membuang air besar dan pelbagai lagi, semua ini tidak membatalkan puasa.

Fitri Call:

Eh, duit yg PNB bagi bebanyak tu, kena tukar jadik travellers check kan?

Jawapan aku:

Yer. Walaupun bank syorkan buat bank draft, tapi aku rasa baik buat travellers check, mengikut kate senior. Tapi, aku pun xdela tau sgt psl banking ni. Baik tny org lagi berpengalaman.

Azri Call:

Aku buat medical checkup. tapi x paham result die

Jawapan aku:

Owh, ko tgk result ko, sebelah tu ade reference, klu result checkup ko still dalam range normal, kire ok la tu.

Jadi, itulah aktiviti pada hari ini. Sekian, TQ.

Photobucket

2 comments:

Muhammad Nazeef said...

uish~
best tak buku tuh?..
komen skit~

Jpah said...

die pasal motivational islamic,
bagi aku agak bez, mungkin sbab minat baca buku2 mcm chicken soup for the soul, tapi yg ni lebih kurang, tapi islamic