>

Monday, September 29, 2008

A Trip to Greenwich

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan kami ni masih xde hall di London, maka, kami ni merempatla di rumah Isa, super sneior kami. Namun, perasaan malu menyelubungi diri apabila menjadi free loader di situ. Maka, Shah menjadi mastermind untuk plan aktiviti pembawaan diri kami.

Tower Bridge

Plan dibuat untuk kami bermalam 2 malam di Greenwich, di mana Famy, Iman dan Fazdhly berada. Kemudian, kami (aku, Mas, Pidah, Shah) bertolak dari London ke Greenwich. Pada mulenya, nak naik tren, tapi sbab tube tgh diselenggara, maka, kami menukar plan dan bercadang untuk naik ferry. Yup, amat old school dgn menaiki ferry.

Tapi yg menarik, kami menjelajah beberapa tempat menarik di sekitar kota London ni. Tower Bridge, dan bermacam2 lagi. Kami gak dapat pengalaman naik ferry mengelilingi London, bandar dgn udara tercemar nih.

Bersama budak Greenwich, Famy

Akhirnya, sampai gak ke Greenwich, di mana GMT = 0. Tersergam bangunan University of Greenwich. Amat lawa bangunan die, amat klasik dan terperinci struktur senibina die, x macam Imperial yg macam kotak jer. Kemudian, kami naik bas pergi ke Avery Hill, di mana Famy dan Fazdhly tinggal.

Suhu amat sejuk. Sekitar 10 celcius. Ditambah dgn deruan angin yg menyejukkan lagi keadaan. Bibir aku asyik kering je, hampir abis lip balm aku dibuatnya, huhuhu. Aku dan Pidah tidor di bilik Famy manakala Shah dan Mas tidor di bilik Fazdhly.


Hari kedua di Greenwich, disebabkan Iman, Famy dan Pali ade tutorial pada tengahari, aku, Mas, Pidah dan Shah melawat ke National Maritime Museum. Salah satu sbab kami masuk adalah admission yg percuma, hahaha. Kami jejalan di dalam museum tu dan sungguh kebuhsanan juger. Mana x nya, sume tunjuk kapal, lukisan dsb. Namun, kami agak enjoy main simulasi kapal dan simulasi meriam, hahaha. Riuh dibuatnya.


Lepas da letih, kami balik ke Uni Greenwich untuk solat di prayer Hall. Pali, Famy dan Iman ade tutorial smpi kol 6 petang. Sekarang, kami di ruang luar library Uni, mengupdate blog, hahaha. Sejuk jari ni, susah nak menaip.

BTW, ni nombor aku di UK, klu nak SMS atau call, dialu-alukan:

+447599585899

OK, nak buat preparation berbuka (dengan membeli), hahaha. Wasalam, selamat Hari Raya buat semua!!!
Photobucket

1 comment:

reza | pulasari said...

salam 3laik...selamat hari raya ~

maaf zahir batin

pantun sikit

pergi bakar rumah mamu
salam raya untuk kamu :P