>

Saturday, September 13, 2008

Sedara Mara

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam ni amat berlainan berbanding malam-malamku yg lain. Mengapa? Apakah beza malam ini? Adakah suhunya? Adakah kerana ini malam minggu? Tidak2, malam ini spesel sebab malam ini adalah malam ke-14 Ramadhan. So, ape yg speselnya?

Sbenarnye, malam ni, sedara mara aku yg duduk di sekitar Lembah Klang berkumpul di rumah ku. Mak mengajak adik-beradik beliau untuk berbuka puasa sama2 di rumahku. Maka, berbondong-bondonglah sanak sedara sekitar lembah Klang di umahku. Dengar macam ramai, walhal, 2 families je, hehhe.

Mak Busu Zihan n family tiber terlebihd ahulu sekitar jam 6.15 petang. Banyak juge makanan yg dibawanya yg die beli dari pasar juadah berdekatan. X lama kamudian, Mak Ngah sekeluarga pulak tiber. Mak Ngah, kak Normin dan cucu-cucunya membuatkan suasana umahku begitu meriah, ceria dan meriangkan, macam nursery plak.

Lepas maghrib, tibelah waktu Isyak. Maka, bebudak lelaki, kecil dan besar pun berjalanlah ke surau berdekatan umah aku nih. Bersolatlah Isyak disambung pulak dgn solat Tarawikh di dalam surau al-Huda yg serba sejuk akibat air-cond. Maka, ramaila yg terlalu khusyuk sehingga terhangguk2 di dalam semayang sunat. Maklumlah, selesa sgt dgn aircond tuh.

Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Lebih kurang pukul 10.30 malam, memasing beransur pulang ke rumah memasing. TQ kerana datang.

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
(Muslim)

Photobucket

1 comment:

amila said...

special sebab hari ni birthday gue! hehehhehe