>

Monday, September 15, 2008

Melawat PNB

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan banyak masa terluang menunggu siapnya visa, (ntah biler la nak siap, moga xde masalah) aku pun bercadang nak pegi melawat ke bakal pejabat aku, Menara PNB di Jalan Tun Razak. Ceewaah, xde keje ke nak melawat PNB, baik aku gi Muzium Negara. Sbnarnye, aku nak menyerahkan beberapa dokumen yg akan menentukan masa depan aku. Itulah agreement ataupun kontrak.


Walaupun aku x paham kenape perlunya 4 booklet yg tebal untuk aku isi dan sign, tapi, tetap jugak aku merantau ke bandaraya KL. Dengan harga RM 0.90, aku menaiki bas dgn masa lebih kurang 10 minit je untuk sampai ke menara Citibank. Dari situ, berjalanlah aku pergi ke PNB dgn melalui jalan belakang.

Sesampainya di menara, aku gi kat pak guard tu. Lepas sign segala butir peribadi, terus aku menaiki lif yg amat hebat kelajuannya terus ke tingkat 38. Disebabkan PNB ni syarikat investment, maka, setiap tingkat masih ade satu pintu yg hanye authorised personnel je yg bleyh lalu. Maka, aku tersekat di pintu tingkat 38. Aku pegi dkt kaunter dan kater:

Nak jumpe Pn Rukiah

Maka, kakak di kaunter yg maybe dah knal muke aku ni kate

Masukla

Aku masuk dan jumpe Pn Rukiah. Aku dijemput duduk. Setelah borak2, aku menyerahkan agreement, segala resit untuk aku tebus balik duit aku, dan juge surat offer beserta salinan passport untuk aku confirmkan extra 10 kg untuk luggage. Dan aku dn selambenya meminta akak tadi tu memphotostatkan untuk aku salinan passport aku beserta resit visa. Dan akhirnya, segalanya dah settle. Setelah berborak2 lagi especially psl visa, Pn Rukiah bgtau:

Izzat ade bgtau saye yg ade kawan2 awak yg direject visa. So far, PNB punye scholar x penah lagi kena reject. Klu ade, awak cipta sejarah nih.

Hahha, aku gelak tapi dalam hati cuak. Moga2 xde jadik masalah camtu, mmg horror.


Setelah abis urusan di PNB Tower, aku balik ke Jalan Ampang dan menunggu bas untuk pulang. Tetiba, kedengaran suara orang menyapa. Aku toleh dan rupe2nya mereka adalah bebudak Edinburgh, Firdaus Amaran dan Wan. Aku tnyla diorg pegi mane. Diorg jawab,

Kitorg pegi embassy tadi, tny pasal visa kitorg. Nak fly esok nih

Huh, lagi sukar bagi diorg. Aku teringat kepada Acipz yg terpaksa delay flight nye sbab x siap lg visa. Aku still bersyukur sbab tarikh aku xdela sedekat diorg punye tarikh. Tapi, jauh dalam lubuk hati, still cuak.

Ape2 pun, marilah kiter berdoa agar dipermudahkan segala urusan, dan dijauhkan dari bencana dan kesusahan

Photobucket

1 comment:

p u l a s a r i said...

salam...melawat PNB

hehe...saya prnh pergi intervw PNB...hehe tapi tesunggkur d tengah perjalanan

all the best nnt bila kat oversea....kamu nk ke ngara mana ya?