>

Wednesday, September 24, 2008

Gelagat Orang KL

بسم الله الرحمن الرحيم

Waaa, lagi 2 hari je nak berlepas ke United Kingdom. Nak menjelajah negara org la katakan. Tapi, hakikatnya, negara sendiri pun x abis jelajah, waaa. Ade beberapa negeri yg masih aku x jejak lagi, iaitu Kedah, Penang, Perlis dan Sabah. Dan kalau nak ikutkan, aku nih da duduk kat Klang Valley ni berbelas tahun, tapi KL pun x abis jelajah. Muzium Negara, Sky Bridge, KL Tower pun x pernah pegi, malu. Hahaha.


Maka, harini pun aku keluar rumah, mengambil tren STAR LRT dan menuju ke KL. Aku jalan sengsorg di Jalan Tun Perak melalui hadapan mahkamah. Aku lihat kanan, Petaling Street yg berbumbung hijau tu. Di sinilah banyak barang2 pirated boleh dibeli, hehehe. Kalau jalan menyusuri Petaling Street, sampai plak ke Jalan Masjid India di mana ade sebuah masjid di situ. Kat sini, paling ramai org adalah di Mydin. Kemudian, masuk plak ke KAMDAR lalu tembus ke pintu hadapan, da sampai ke Jalan TAR. Jalan TAR ni basernya tumpuan org pompuan, lebih2 lagi time2 nak raya nih. Maklumlah, kain tudung, baju2 sume murah. Kuih raya pun banyak gak.


Org cakap berjalan sengsorg kat KL ni bahay. Ye ke? Maybe kut. Common sense la, kalau sengaja bukak dompet tengah2 dunia, mmg kamikaze namanya. Dan x payahla lalu tempat2 yg xde org, contohnya back alley. Aku pun cuak. Tapi Alhamdulillah, selama ni, aku jalan sengsorg kat Central Market, pegi ke pejabat Pos Besar dan terpaksa lalu back alley yg penuh penagih, xde ape2 jadik kat aku. Tapi, agak cuak dan bahaya.

Terfikir duit aku di dalam akaun. Still ade some amount of money. Xkan nak tinggalkan kat Msia? Kalau tukar kepada pound, still berbaloi nilainya. Jadi, aku sekali lagi pegi ke CIMB Tun Perak lalu terus mengisi borg untuk buat lagi travellers cheque, nak mengabiskan baki duit dalam akaun tu. Yg selebihnya, akan jadik cash.

Aku tgk sekeliling bank tu. Kelihatan ramai org dan rata2 nya pegang duit RM 1 yg tebal dan bungkusan ang pow. Hurm, ni mesti kes menukar duit untuk duit raya nanti. Aku terdengar kata2 seorang abang yg duduk di hadapan aku:

Aku ni ade meeting, tapi tukar duit lagi penting, sbab duit baru susah nak dapat

Huh? Sampai camtu skali yer, hebat betul penangan duit raya. Aku tgk poket baju abang tu, berat nampak dgn duit RM 1 dan RM 5. Member die cakap:

Ko ni macam baru rompak bank jer

Hahaha, tersenyum aku tgk gelagat diorg. Aku tgk satu kaunter berbaris panjang mengalahkan org nak beli Din Murtabak. Ni mesti kes nak tukar duit gak ni. Seronok btul aku di bank ni melihat gelagat manusia menjelang Aidilfitri.


Selesai di bank, aku menuju je stesen STAR balik. Memang ramai org lalu-lalang, bz sungguh org KL ni. Aku membeli tiket ke Ampang lalu menunggu tren utk datang. Kelihatan di skrin maklumat:

Tren ini akan ke Sri Petaling. Tren berikut ke Ampang

Owh, terpaksa aku menunggu lagi. Sesambil menunggu, aku membaca buku 'Talk to the Hand'. X elok buang masa kan? At least, biarla aku baca skit. Tetiba, ade sorg abang mendekatiku dan bertanya,

Dik, camne nak pegi ke Bandar Tasik Selatan?

Aku pun jawab,

Abang naik tren yg tulis 'Sri Petaling', tren yg akan datang lpas ni la

Abang tu jawab sambil tersengih,

Terima kasih dik. Abang ni da lame duk KL, tapi x pernah naik tren ni

Aku tersenyum. Nampaknya, ade org yg lebih kronik keadaan daripada aku. Hahaha. Baru beberapa baris aku baca buku, datang pulak seorang budak berbangsa Cina kepada aku:

Tumpang tanya, kalau saya nak ke Plaza Rakyat, tren ke Sri Petaling atau tren ke Ampang yg perlu saya naik?

Aku menjawab,

Dua2 boleh.

Sambil tersenyum, beliau mengucapkan terima kasih.

Ntahla, lepas aku membantu 2 org tu, walaupun kecik je bantuan aku, aku rasa macam puas hati, dan rasa senang hati dan lega. Ntahla kenapa. Sepanjang dalam tren, aku menyimpan buku aku dan berfikir, knape aku rasa camtu? Akhirnya, aku dapat beberapa kesimpulan.

Mungkin aku lega kerana dapat membantu org, sbab itulah fitrah manusia yg mmg sukekan kebaikan. Mungkin aku senang hati sbab dapat membantu org pasal aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam. Dengan membantu org, kiter akan menjadi duta kepada agama dan negara. Lebih2 lagi, lpas aku tolong Chinese Guy tadi, rasa lega amat, mungkin sbab aku takut die fikir yg x elok psl Islam, moga2 lpas aku membantu die, die akan dekat dgn Islam.

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(al-Mumtahanah: 8-9)

Sampai di Ampang, aku menaiki teksi untuk ke rumah. Dan pakcik yg pandu teksi ni bukan main mesra rakyat. Abis kami berbual dan abis aku ceritakan yg aku akan beraya di luar negara.

Waa, sedihnya, kata pakcik tu.

Nak buat camne pakcik, nak berjaya kena berkorban.

Xpela, blaja la tinggi, pastu, balik, jadik pemimpin utk negara, pemimpin yg rakyat hormati

Dan dengan itu, secara rasminya, pakcik ni da menjadi guru aku. Nape? Sebab, seorang itu layak dipanggil guru walaupun hanya mengajar kiter satu ayat sahaja.

Harini penuh dgn pengalaman berharga. At least, sebelum aku fly nih, aku dapat melihat gelagat dan telatah warga KL. Aku nak tgk, 3 tahun dari sekarang, iaitu ketika aku da balik dari UK, adakah gelagat ini sudah berubah. Menjadi lebih baik atau sebaliknya? Tu tujuan aku nukilkan perjalanan hari ni sebnarnya.

Wallahu'alam.

Photobucket

3 comments:

Abu Khalifah said...

kalo bace cerita ko nih mmg terharu.. hehe.. bagus2.. knape bleh terharu? ntah.. mmg dah fitrah manusia kot.. :p

Anonymous said...

hohoho jepah, at least ko dah penah naik star lrt. ak bdk kl yg x penah naik pun star lrt = )

Anonymous said...

wah bagusnya dapat fly ,gud luck taw.be agood one