>

Tuesday, September 16, 2008

Alma Mater

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir setahun aku tidak melawat sekolah lama aku, yakni SBPI Rawang, maka, tergerak plak hati ni utk melawat ke sekolah terchenta itu harini. Maklumlah, b4 menerbangkan diri ke UK nanti, baik jumpe cgu2 mintak berkat dan juz nak bgtau diorg ke mana arah tuju kitorg.


Jadi, rancangan dibuat bersama Hanif dan Nazrin. Hanif, seorang budak tajaan MARA yg akan melanjutkan pelajaran di Czech dalam bidang perubatan. Nazrin pulak merupakan pelajar tajaan JPA, tahun kedua di Czech dalam bidang perubatan jugak. Diorg ni satu batch ngan aku.


Disebabkan Nazrin tetibe ade hal, aku dan Anep yg dah sampai ke Rawang menaiki bas untuk ke Bandar Tasik Puteri, tempat di mana sekolah aku didirikan. Sesampainya ke skool, trus je kitorg pergi ke pejabat utk mengambil sijil English 1119 kami. Lepas tu, mulelah kami bermaharajalela di sekitar sekolah. Wahahaha. Target pertama, bilik guru.

Bebudak Czech

Nazrin yg berambut panjang amat menarik perhatian cikgu2. Pn Marlina, Guru Kimia apabila nampak je Nazrin menjerit,

Ni pompuan mana plak ni?

Aku dan Anep hanya mampu tergelak dan menjauhkan diri daripada Nazrin utk membiarkan dier diamarahi sengsorg. Hahaha. Kami jumpe gak Pn Hamizan, guru Math merangkap guru kelas kami dulu. Lpas tu, jumpe gak cikgu Azarina, guru Sejarah, Pn Atiqah, guru EST, Cgu Uji, Kaunselor, Pn K-rul, cikgu Biology, Pn Anis, Cikgu Fizik, Pn Ili, Cikgu Kimia, Ustaz Kamisan, Guru BM, Ustaz Kosim, Guru Syariah, Ustaz Talhah, Guru Add Math, Ustazah Habsah dan ramai lagi. Agak meriah. Rata2 sume cikgu tanya ke mana nak pegi, bile dan sebagainya. Masih aku teringat pesan Ustaz Talhah, guru Add Math kami semasa kitorg jumpe die:

Kat sane tu, ingat, pegang al-Quran dan Sunnah.

InsyaAllah, ustaz. Doakan kami. Lepas da jumpe sume cikgu, kami pergi plak balik ke pejabat untuk bertemu Ustaz Kamilen, Penolong Kanan Akademik, Ustazah Maimunah, PK HEM dan Ummi Saadah, Pengetua.

Alhamdulillah, terubat rindu kepada sekolah. Di sinilah aku berjuang, membina masa depan. Andai tiada sekolah ni, xtaula ke mana arah aku.


Selepas solat Zuhur, kitorg pulang ke rumah.

Photobucket

4 comments:

mira zin said...

haha-"Ni pompuan mana plak ni?"..pn marlina still maintain mulut lase ek..bru igt sijil 1119 tak amik lagi..entah bila nak gi sepintar nih~~

Aurora Trading & Services said...

salam...

pergh...gi lawat cikgu2. aku lmbat lgi nak trbang

ha...kenal rasyidah? (kwan skolah rndah)

ok...salam dari pusat prsediaan (dari salah satu peserta WOW2008)

Jpah said...

rasyidah tu aku punye junior (kut?)

Nurulhuda Mustapakamal said...

nak gak gi sek...
ziarah cikgu2 yg bnyk berjasa...
br aku teringat sume sijil aku tak amik lg... [SPM, English1119]...
ble la nak gi amik...
silap hari bulan dah takde dah...