>

Saturday, September 13, 2008

Mari Mengecat Rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Maaf kepada para pembaca yang menanti-nanti post baru dalam blog aku, hehehe. Sejujurnya, arini aku amat letih, sbab baru je selesai mengecat rumah. Terasa sakit2 badan, macam malas nak bukak laptop ni, tapi ku gagahkan jua.

Pepagi tadi. setelah membeli peralatan-peralatan yg diperlukan utk mengecat, yakni berupa cat, roller, brush, papan roller, kayu roller, maka, bermulalah tugas aku mengecat rumah. Bkannye ape, memikirkan aku tiada di rumah sempena Hari Raya, ingin gak aku tinggalkan kenangan terindah buat keluargaku ketika hari lebaran, isk (sambil mengesat air mata)

Dan bukannya x mampu upah pengecat handapan lagi professional, tapi, what's the point. Aku nak buat benda ni utk hadiahkan kat mak bapak aku, klu upah org, macam xde tujuan la plak. Lagipun, dengan mengecat bersama, dapat lebih merapatkan hubungan kami yang dahpun amat rapat ni.


Kerja2 mengecat dimulakan dimulai dgn ruang tamu. Setelah baru 30 minit beraksi menggolekkan roller itu ke dinding, terasa lenguh, penat dan pancit diriku ini. Aku berfikir dalam hati:

Macamanerla pengecat2 professional tu bekerja macam ni setiap hari?

Mungkin slamer ni ramai drpd kiter yg rasa keje mengecat tu bukanlah sesuatu yg gempaq dan hebat. Buktinya, tgk je kat kolej, mmg xde pun budak yg buat course Pengecatan. Well, mungkin aku agak exaggerate, anyway, point aku ialah, setiap keje yg wujud dlm dunia ni memerlukan skill2 tertentu. Dan, orang yang dah lamer berkecimpung dalam kerja itu adalah genius dalam kerja itu.

Contohnya, seorang engineer yg hebat, merekacipta banyak benda, namun, maybe klu diberi cat dan berus, mereka GAGAL untuk mengecat seperti pengecat professional. Atau, mungkin baru 10 minit mengecat, da muler rasa letih dan penat macam aku nih.

Kesimpulannya, jgn sesekali memandang rendah mana2 profession. Kiter sumer memerlukan antara satu sama lain. Jangan rasa diri kiter ni hebat blaja tinggi2, sedangkan ade org lebih genius dari kiter dalam bidang mereka.

Anda rasa hebat jadik engineer atau doktor atau cikgu? Cubelah mengecat rumah!

Photobucket

1 comment:

Nenek Vogue said...

Mengecat rumah is like a therapy. As you paint, you think, memang lah pengecat rumah professional tu teruk kerjanya, tapi imagining the income that will flow in, dah cukup motivate to work and complete the task. I paint my house myself, reason is, I know I will do a good job, sbb sblm mengecat, kena cuci wall, cover all holes with putifiller, sand it, smooth baru boleh cat. I love it.