>

Thursday, September 25, 2008

Jelajah KL Episod 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika semalam aku menjelajah part dodgy dalam KL, maka, harini, aku berkeputusan menjelajah kawan posh KL plak. Hahaha. Setelah bersalaman dgn emak, dengan lafaz Bismillah, aku keluar dari rumah lalu menaiki bas RapidKL menuju ke Ampang Park.

Dari Ampang Park, aku melalui hadapan Citibank lalu menuju ke PNB menggunakan jalan belakang, menyusuri PNB Darby Park. Dengan pantas, aku menuju ke tingkat 38 menara PNB. Seperti baser, akak yg duk dlm tu swipe card die bagi aku masuk. Namun, Pn Rukiah tiada, ade meeting menurut akak tu. Xpela, aku amik tiket flight aku dan terus turun semula.

TQ sudi sponsor aku

Disebabkan xde ape nak buat lagi, aku berjalan slow2 menuju ke KLCC, bangunan berkembar yg terpacak di tengah KL tu. Sepanjang perjalanan, aku ambik gambar sekeliling, macam pelancong plak. Mane tau, klu rindu Malaysia kat UK nanti bleyh la aku tgk balik gambar2 nih. Lepas penat ambik gambar, aku duk kejap berehat di taman KLCC tu.


Tanpa disangka-sangka, Syauqi menelefonku. Aku angkat. Dier bertanya aku macamane nak ke Pekeliling.

Ko kat mane? Aku tny

KLCC, die jawab


Terbeliak mata aku mendengar KLCC tu. X sangka, die ade kat situ, x plan pun.

Aku pun kat KLCC, jom jumpe


Kitorg pun berjumpa di pintu besar Suria KLCC berhadapan dgn Jalan Ampang. Rupe2nya Syauqi baru amik visanya yg dah siap. Die akan fly ke University of York pada 9 Oktober. Waah, lambatnya, sempat raya seminggu. Sampai busan menjamah rendang n lemang! Hahaha. Sungguh meriah, sbab dah lamer x jumpe, macam2 kami bualkan. Tetiba, Fitri plak call.

Aku kat PNB ni, die cakap

Syauqi ckp, wah, kitorg kat KLCC, Jpah pun ade skali ni, jom ar

Maka, Fitri bersetuju dan Aku dan Syauqi menunggu kehadiran beliau di hadapan kedai Adidas. Sedang sibuk menunggu, tetiba seseorang datang kepadaku dan cakap,

Nak tny skit

Sape plak ni? Aku menjenguk. Wah, Rasyidah (Ede). Budak yg bakal ke Cambridge tu? Ape plak yg die buat kat sini? Rupe2nya, die baru balik dari PNB gak dan ade masalah nak buat travellers cheque, jadi aku cadangkan die buat di CIMB Tun Perak. Pastu, die pun menghilangkan diri, hahaha.


Fitri tiba. Masing2 bersalam dan bermesraan. Hahaha. Rupe2nya, visa Fitri dah lame diluluskan, harini die amik tiket untuk flight die MALAM ni. Yup, malam ni Fitri akan menerbangkan diri ke UK. So, kami pun bincang2la. Kami gak ulangkaji balik cara semayang dalam flight, cara amik wudhu; gune khuf dan sebagainya. Memetik kata2 Syauqi:

Kiter x plan pun, tapi tetap dipertemukan oleh Allah kat sini

Sambil pusing2 ngan diorg, aku berenti di kedai Nike. Nak beli sandal. Aku ni x kesah pun gune sandal lame, tapi emak suro aku tukar gak sandal baru. Aku xnak melawan, jadi, berenti di kedai Nike dan beli sepasang sandal yg OK la gak. Kemudian, abah plak suruh beli T-Shirt yg smart skit utk fly esok. Aku, Syauqi dan Fitri pusing2 masuk kedai Adidas, Quiksilver, Billabong dan sebagainya, tapi still aku x jumpe t-shirt idaman. Kesian diorg yg mengikutku.


Lpas penat pusing2 sekitar Suria KLCC tu, kami menuju ke Putra Station. Syauqi akan balik ke Pahang manakala Fitri akan balik ke Nilai. Aku dan Fitri bersalam SEMUT sebelum berpisah di situ.

Selamat fly, jaga diri

Aku ucapkan sewaktu kami berpelukan. Dan Syauqi, lambat lagi ko nak fly, nanti la dulu, aku simpan ucapan aku, hehehe.


Kepada Fitri yg akan fly malam ni, selamat fly, jaga diri, jaga iman, jaga akhlak!

Pertemuan yg x dirancang menjadi suatu perpisahan yg amat bermakna.

Photobucket

2 comments:

theape said...

oo pegi klcc tak ajak, camni aa kawan pnb

Ede said...

thanx for the help (cimb tun perak). Aku dah reserve banyak2 = )