>

Saturday, April 19, 2008

Secubit Tuna

بسم الله الرحمن الرحيم

Non-teaching Saturday. Suatu nikmat yg memang ditunggu-tunggu oleh para pelajar kolej. Mana x nya, setelah seminggu berhempas-pulas memerah otak dan menepukan ilmu di dada, pasti terasa letih. Dan cuti pada hari Sabtu ni begitu berharga untuk me'releasekan' stress yang semakin accummulated. Aku juger begitu....

Disebabkan cuti hujung minggu, maka, ramailah yg ambil kesempatan untuk balik umah. Kelihatan sunyi dan sepi persekitaran kolej. Ibarat berada di Silent Hill (kalau korg main game dier). Hari ni, bertambah sepi keadaan kolej. Pagi tadi, waktu aku smpi ke surau utk solat Subuh, kelihatan hanya beberapa selipar jer di pintu hadapan. Selipar lelaki ader beberapa buah, selipar perempuan, rase cam xder. Fikirku,

Mungkinkah memang sikit orang di kolej, atau sikit di surau sahaja, maklumlah, hujung minggu

http://img141.imageshack.us/img141/1938/kunciselipariq6.jpg

Dan keadaan bertambah sunyi apabila ahli2 Greenthumb yang komited menjaga alam sekitar pergi membuat lawatan ke Cameron Highland dengar citernya. Moga selamat pergi dan slamat pulang, dan semoga lawatan ni dapat menambahkan keimanan korg dan sedar tentang kebesaran Allah. Dan jangan luper bawak balik strawberry dan kaktus yang hampir pasti korg akan tanam di Taman Jari Hijau.

Jadi, perjalanan hidup yg penuh ranjau ni diteruskan. Lepas Subuh, sementara menunggu waktu bersarapan yang dijadualkan pada jam 8.30 pagi, aku membuka buku Biology dan membaca la skit pasal homeostasis. Baca dengan amat tekun, yang akhirnya berakhir dengan lelapan mata.

Waktu ditunggu sudah tiba, iaitu waktu bersarapan. Menggunakan instinct aku, aku meramalkan kitorg akan dihidangkan dengan Tuna. Dan x silap. Memang betul. Kelihatan 2 orang abang yang baru bekerja mencedok tuna ke dalam tray setiap pelajar. Apabila tiba giliran aku, abang tu mencedok tuna sambil berbual2 dengan rakannya di sebelah.

Tupp

Amat skit die cedok. Aku tunggu. Aku ingat die nak tambah lagi, namun, apakan daya, abang tu buat x endah terhadap mataku yang bergenang, mengharapkan tuna tambahan. Hampa. Maka, aku pun berjalan kesedihan ke meja makan.

http://www.dkimages.com/discover/previews/745/149198.JPG

Slalunya boleh makan 4 roti, hari ni 2 roti jer, ujar Shuib, pelajar tajaan KPM.

Ku imbas kembali zaman2 kegemilangan dahulu. Tuna akan dicedok sendiri oleh student. Dan memang majoriti student akan cedok sepenumbuk tuna. Ikutkan nafsu. Dan ramai jugak yg x abis makan, dan akhirnya, tuna yg cambest tu pun berakhir di dalam tong sampah berwarna hitam yang terletak di depan sinki. Aku fikir, bagus la gak diorg wat camni, xdela bazir sgt. Membazir kan amalan syaitan.

Allah berfirman
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Al-Israa': 27)

Moga jadik pengajaran kepada sesaper yg membazir, including diriku yg hina dina ni. Orang cakap,

kita x akan menghargai sesuatu benda sehingga kita kehilangannya

Dan dalam konteks hari ini, kiter kehilangan sepenumbuk tuna (ye ke?) dan moga selepas ni, kiter akan lebih menghargai lagi setiap makanan yang dimakan, moga x membazir.


Photobucket

No comments: