>

Wednesday, April 16, 2008

Accommodations

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun aku xde kelas pada petang ni, ntah naper block 6 dibatalkan (kecewa), tapi, tetap gak aku berpakaian akademik dan menuju ke Pusat Sumber, atau lebih dikenali sebagai Resource Centre (RC) oleh warga setempat. Terdapat dua matlamat utama aku ke sini:

1) Check samada surat dari Imperial College London telah tiba
2) Mencari list acommodation yg best dan sesuai di Imperial College London

The image “http://www3.imperial.ac.uk/2007templates/images/logo_imperial_college_london.png” cannot be displayed, because it contains errors.

Disebabkan Imperial ni terlalu saving dan enggan mengepos surat secepat mungkin, maka, terpaksalah aku mencari sendiri maklumat berkaitan dgn acommodation. Disebabkan polisi baru PNB yang memansuhkan sistem 60-40, maka, terpaksalah aku mencari sendiri accommodation yang murah lagi bez. Firdaus (P-dah), yang mendapat markah penuh untuk p3, mencadangkan beberapa Hall yang dirasakannya bez, namun persepsi setiap orang berbeza.

Aku segera melayari laman web Imperial, iaitu di http://www3.imperial.ac.uk/. Ku segera mencari list Hall yang menarik. Dan aku agak tertarik dengan bilik Twin En Suite di Beit Hall. Preview untuk bilik ini boleh dipreview di sini. Aku lihat biliknya gak spacious, dan agak selesa. Cume harapnya dapat roommate yg bez la.

Harganya agak murah (untuk hidup di London),

£98.42 - £107.31 per person per week (£3838.38 - £4185.09 for 39 weeks)

Dan locationnye agak strategik iaitu berdepan dengan South Kensington Campus. Peta kedudukan Beit Hall boleh didapati di sini.

Dan di sebelahku Anas. Die ni pun dapat tawaran ke Imperial dan memang berazam untuk ke situ. Cume agak kesian ngan bebudak YTN, diorg ni agak sempit kewangan, jadi pemilihan acoommodation perlu dilakukan sebaiknya. Anas agak bimbang.

The image “http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_tnb.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Setelah mendapatkan maklumat untuk semua Hall yang wujud untuk pelajar2 Imperial, aku bergerak pula ke bilik kaunseling yang jaraknya hanyalah sekangkang kucing dari RC. Ku geledah surat-surat yang dah memang sedia bersepah di atas meja tu. Setelah kecewa kerana x menjumpai suratku, aku bertanya kepada abang di kaunter,

Abang, surat dari Imperial da sampai? Die akan bagi surat ke?

Kemudian, kakak di sebelah abang tu pula menjawab, walaupun soalan tidak ditujukan kepadanya. Beliau berkata dengan selamber namun sambil tersenyum mesra,

Owh, surat dari Imperial biasernya sampai dalam bulan 5 nanti.

Ape??? Bulan 5? Lamenya. Aku hanya mampu membalas senyuman itu dengan senyuman terpaksa. Ntah biler la aku nak reply accommodation dier.

Antara tarikh penting untuk diingat:

21 April - Penentuan Firm dan Insurance

Moga segala urusan aku dipermudahkan. Rasa agak sesak untuk memilih accommodation, ditambah dengan pressure peperiksaan yang semakin tinggi, ibarat pressure nak pilihanraya dulu (huh?). Namun, ku harap perkara ni x mengganggu konsentrasi (concentration) aku di dalam pelajaranku.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Tenangkanlah hati hambaMu, bantulah aku dalam membuat pilihan yang bijak, sesungguhnya, Engkaulah yang lebih Mengetahui

Photobucket

1 comment:

clafikraz said...

apakah, 150x4 = 600 pounds. 1000pound - 600 = 400pounds, compared 60-40 aku dulu, dpt 348pounds, kire kalau ko duduk southside pon, still untung drpd aku in my first year~

worr, x adil~.~