>

Wednesday, April 30, 2008

Cuti Bermula

بسم الله الرحمن الرحيم

Yahooo!!! Bermulalah cuti 4 hari dan kesempatan untuk aku pulang ke rumah. Lpas hampir sebulan berkampung di KYUEM, x balik2, maka, b4 ambik exam A-level x lame lagi (waaa), aku pun berkeputusan pulang ke rumah bagi mendapatkan restu ayah bonda.

http://aminus3.s3.amazonaws.com/image/g0002/u00001625/i00100912/09e9cbd0baf99851a374addd91e27ad3_large.jpg

Menurut Adif, ibunya akan sampai pada jam 5.00 petang. Jadi, sewaktu azan Asar dilaungkan, aku, Shuib (Ketua Chalet), dan Fitri (ahli ke-5 chalet) beriringan bersama menuju ke surau As-Saad untuk menjalankan tanggungjawab bersolat Asar secara berjemaah. Alhamdulillah, selesai bersolat, segera aku pulang ke chalet kerana janji dengan Adif untuk bertemunya pada pkol 5 petang.

Dalam perjalanan pulang ke chalet, aku beriringan bersama Arif (Yorke), seorang pelajar tajaan PNB (course ape erk?) yang juga merupakan president Badan Pelajar KYUEM 0809. Beliau bertanya kepadaku,

J-pah, balik x?

Aku menjawab dengan slow, balik. Pastu, beliau berkata kepadaku walaupun tidak ditanya,

Klu ikut listname kat DH tu, almost 250 orang balik

Owh, aku berkata dalam hatiku. Ramai gak balik. Mesti majoriti yg balik junior kan? Maklumlah, senior sume dah nak exam, 4 hari ni amat bernilai untuk menjalankan ulangkaji secara intensif. At least, itulah yg dikatakan oleh Shuib. Wahai Shuib, andai ko membaca post ni, ingat, jangan buat aktiviti kiter di masa lapang, iaitu melelapkan mata...hehehe, study la oit!!!

Jadi, dalam jam 5.10 petang, Adif memanggilku. Nampaknya, ibunya sudah sampai. Maka, aku mengangkut barang2 aku yang berupa 3 beg jer ke kereta Honda milik Adif sekeluarga. Namun, seorang lagi penumpang, iaitu saudara Muzzein tak kelihatan. Namun, setelah Adif call Muzzein, berlari2 anak Muzzein daripada kafe.

Kami meninggalkan kolej sekitar jam 5.30 petang. Perjalanan agak lancar, walaupun sesekali hujan renyai membasahi kereta. Kami menurunkan Muzzein di stesen Monorel Titiwangsa dan kemudian, perjalanan diteruskan ke kota Ampang. Aku hampir tertidur ketika kami hampir sampai. Setelah menunjukkan kedudukan rumahku, maka, aku dihantar betul2 depan rumahku. Alhamdulillah. Aku turun dan segera bersalam dengan emak.

http://img.timeinc.net/time/2007/eating/makes_eat/makes_eat_time.jpg

Lamanya x jumpe famili, seronok. Moga kepulanganku ke rumah ni bermanfaat. Kepada rakan2ku di kolej, efektifkan masa anda. Janganlah abiskan masa dengan tengok movie dan tidur (khas untuk Shuib), tapi buatlah sesuatu yg lebih bermanfaat.....
Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

awal yang baik