>

Monday, April 28, 2008

Panas Fizikal dan Mental

بسم الله الرحمن الرحيم

Panas. Aku baru balik dari surau, bersolat Zuhur. Kerana tiada kelas petang ni, maka, aku hanya duduk di chalet. Aku pulang ke chalet dan memeriksa seluar yg dibasuh pagi tadi. Wah, dah kering. Alhamdulillah. Sungguh panas harini. Pening kepala aku dibuatnya.

Panas

وَسَخَّر لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَآئِبَينَ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
(Ibrahim: 33)

Imbas kembali....

Seawal pagi tadi, kol 5.15 pagi, aku bersahur dengan sebungkus roti coklat. 3 ban aku abiskan, ni merupakan pencapaian pemakanan sahur yang terbanyak pernah aku selesaikan! Dan hampir sebotol air aku abiskan sahur tadi. Agak lama aku makan, hampir 3o minit. Mana xnya, pepagi macam ni bkan ade selera sgt pun. Aku juz mengunyah sedikit demi sedikit cebisan roti tu, ada kalanya sesambil mengunyah aku terlelap. Hehehe.

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
(Muslim: 1835)

Kelas Biology

Hidup harini diteruskan seperti baser. Pergi antar dobi awal2 pagi, kemudian pergi ke kelas. Belajar2 dan terus belajar. Sewaktu kelas Physics, Afiq tidak kelihatan di mejanya. Muadz memberitahu yg Afiq ke klinik kerana patelanya telah dislocated. Aku teringat tragedi yang menimpa diri Afiq sewaktu dinner MUSCOM kelmarin. Lepas je solat Isyak, lututnya dislocated, mungkin salah pergerakan. Mujur Muadz, seorang bakal doktor, bingkas menekan lutut Afiq dan mengembalikannya ke tempat asal. AKu tanya Muadz

Ko memang reti ke?

Die menjawab dengan selamber, aku cube2 jer...

Namun, Alhamdulillah, Afiq kembali berjalan. Cume harini die pergi ke klinik, maybe untuk memastikan kondisi kakinya.

Hampir satu period kelas Physics berlalu, kemudian, kedengaran pintu diketuk. Kelihatan wajah Afiq muncul di sebalik daun pintu. Pintu dibuka, dan Afiq segera mendapatkan tempatnya. Kamudian, kerja yg diberi disambung. Sesambil buat latihan, Afiq berkata

Kelas aku dah dapat result Chemistry

Gulp, aku menelan air liurku (x batal puasa), aku cemas. Lepas ni kelas Chem, adakah aku akan dapat result jugak?

http://www.juliantrubin.com/imagesc/periodic2.gif

12.10 pm. Aku keluar daripada makmal Physics. Sungguh terik harini. Panas sungguh, begitu bahang. Aku segera menuju CL 4 yang hanya beberapa jengkal je dari makmal Physics. Penantian bermula. Kemudian, pintu makmal dibuka perlahan2. Aku mendapatkan tempatku. Kami sumer memakai Lab Coat, dengan tujuan menyabung eksperimen kopi. Namun Miss Shree mengumumkan yg kertas trial haritu akan diberi. Aku terduduk. Miss Shree mendekati mejaku. Kertas dihulurkan kepadaku. Aku mengira markah dan sum up semuanya.

Arghhh... Amat teruk.... Bye2 Imperial....

Itulah yg bermain di fikiranku. Result yg amat teruk, amat malu dengan diriku. Aku pasti, Miss Shree adalah orang yg paling kecewa, namun, hati seorang guru, xde pelajar yang memahami (termasuk bebudak KPM). Tinggal beberapa minggu sebelum exam, dan inikah yang bakal kami terima? Miss Shree akhirnya membatalkan eksperimen dan mengkehendaki kami membasuh semua kelengkapan esok hari. Miss Shree juge mengeluarkan ayat yang tidak ku sangka akan keluar dari mulutnya. Jelas kekecewaannya. Maaf Miss Shree...

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)

Adakah setelah dapat A untuk AS haritu, aku telah terlupa bahawa nikmat A tu hakikatnya, adalah hasil pertolongan Allah? Mungkin Allah memberikan keputusan yg teruk ni bagi aku sedar, bahawa hanya kepada Allah tempat aku bergantung. Sedih. Namun, aku sedar, ini adalah cubaan daripada Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya yang mungkin aku x dapat lihat lagi.

Allah berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Al-Anbiyaa': 35)

Hari ni sungguh panas. Physically dan mentally panas. Mungkinkah hujan akan turun bagi mengurangkan kepanasan ini?

Photobucket

1 comment:

Ai like literally, Ai said...

haha, study study study! maut~