>

Saturday, April 12, 2008

p3 and MOC

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan permintaan yang meningkat untuk aku mengulas pasal soalan p3, maka, terpaksalah aku berbuat demikian. Pressure semakin meningkat daripada orang sekeliling aku yg sering bertanya,

camne p3 tadi, apsal x tulis dlm blog?

Malas sebnarnya nak ulas, tapi apakan daya, ade demand....huhuhu...bajet giler...Secara ringkasnya, exam p3 smalam ok ler. Aku amat bersyukur kepada Allah, kerana diberikannya aku ilham untuk jawab semua soalan. Terima kasih kepada Hisham dan Anas sebab mengajarku bertungkus lumus pada hari sebelum peperiksaan tu, maaf sebab aku ni memang lambat pickup, so, kesian korg. TQ juge kepada Muadz, Afiq dan Pidah yg berbincang soalan2 Math ngan aku.

Bukanla nak cakap soalan p3 tu senang, tapi boleh dijawab lerr... Harapnya, results nanti adalah berlainan daripada results2 p3 aku sebelum ni. Magnitud disaster untuk p3:

Angin Sepoi2 Bahasa

Next, biology paper 5. Mencabar. Dan aku gagal nak buat soalan Chi Square ngan confident. Ntah btul ke tak, huhuhu. Magnitud disaster p5 Bio:

Angin kencang, disertai kilat sabung menyabung dan bumi sedikit bergoyang

Setelah tamatnya paper 5 Bio, aku dengan ini mengisytiharkan bahawa, secara rasminya, tamatlah sudah exam percubaan aku. Dan aku akan bercuti selama 5 hari, disebabkan sume seniors xde kelas sepanjang trial exam. Memang aku amat bersetuju ngan polisi Dr Horsfall yg ni.

Lapang. Sepanjang exam haritu, rasa masa amat singkat, maybe sebab sibuk menelaah. Skarang rasa masa amat panjang. Memang betulla ape Einstein (bkn Fitri tau) cakap, masa tu relatif. Namun, teringat kata-kata:

Bunuhlah kelapangan itu dengan pedang kesibukan

Yess. Kelapangan masa adalah seperti candu, yang akan merosakkan badan kite sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, kite akan jadi malas, dan ketagih kepada rehat dan tiada keje. Bagi mengelakkan diriku rosak, aku try carik keje. Mule2 mengemas bilik yg sekian lama x berkemas dgn sebaiknya disebabkan terlalu fokus study (cheewaaah). Kemudian, kelihatan pamphlet MOC yg masih x berlipat, maka aku pun melipat semua pamphlet tersbut.

Sebelum

Selepas

Dan harini pelajar Computing akan menghadapai exam mereka, Gud Luck sumer!!!!

Ok, sibukkan diri dengan keje!!! Jangan duduk tanpa berbuata apa2!!!

Photobucket

No comments: