>

Thursday, April 17, 2008

Blogger Terlarang

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia blog semakin berkembang. Dari hari ke hari, semakin ramai yang 'terjerumus' ke dalam blogosphere ini. Paling latest yang aku tahu merupakan saudara Hafizuddin. Tahniah aku ucapkan kepada dier, dan semoga sukses dan istiqamah.

http://visualrevenue.com/blog/uploaded_images/blogger-logo-728932.jpg

Namun, selepas Asar semalam, aku telah menyedari suatu hakikat. Rupe2 nya, dalam diam, ade seorang lagi rakan kami yang sudahpun mempunyai blog, namun pandai sungguh dier menyembunyikannya dari pengetahuan aku. Patutlah selama ni, banyak btul pertanyaan die tentang blog terhadap aku. Aku ingatkan dier baru nak buat blog, namun, aku mengetahui bahawa sudah lebih 20 posts yg telah ditulisnya.

Namun, orang (aku) berkata,

Sudah kentut, pasti ada baunya...

Maka, ditakdirkan Allah, kantoilah seorang rakanku ini. Dan lebih mantaap lagi, dikantoikan oleh Zaím. Lalu, Zaím menceritakan secara terperinci perihal kekantoian sahabatku ini. Dari A sampai Z. Aku mengangguk kefahaman or buat2 paham. Kemudian, sesi interview dimulakan, aku bertanya

Kenapa ko nak rahsiakan?

Kemudian, blogger terlarang ni menjawab

Aku lom sedia lagi nak kongsi hasil tulisan aku kat org lain

ooo...xpela, write to express, bukan utk impress, aku menjawab

Da brape banyak kali aku cakap benda yang sama kepada 'students' yang belajar blog dari aku. Sebab, hasil tulisan yang sememangnya utk impress org, basernya xkan lamer bertahan. Maka, ubahlah niat sebenar menulis blog tu, bagi aku sendiri, menulis ni untuk meluahkan perasaan dan menulis coretan kehidupan. X kesahla org bace ker x, tapi klu ade org bace, klu ade benda baik untuk dikongsi, maka ambillah, yang buruk tu tinggalkanlah.

Aku bertanya lagi kepada blogger terlarang ni

Knape ko x link kepada blog aku?

Kemudian, die menjawab, uisyy...bahaya, nanti ko dapat track blog aku..

Adeyh.. Gagal trick aku untuk mendapatkan address blognya. Kemudian, aku mengucapkan selamat berjaya kepada 'Blogger Terlarang' ini, dan moga usaha ko diredhai Allah. Teruskan menulis, jika tu berjaya mengurangkan tensyen ko. Aku akan hormati keputusan ko untuk merahsiakan blog ko, dan akan menunggu-nunggu masa untuk ko memberitahu aku sendiri address blog ko, dan semoga kiter dapat berkongsi pengalaman.

http://static.flickr.com/105/301382392_4f119491f1.jpg

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Sesiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, maka Allah akan menutup keaibannya pada Hari Kiamat.
(Muslim: 4677)

Dan teringat gak kata2 daripada Ahmad Zarruq:

If you desire to live such that your religion is safe and your portion is full and your honour is sound, guard your tongue, and never mention another's faults, remembering that you, yourself, have faults and others have tongue.

Moga terus sukses dan moga tidak kantoi lagi....hehehe...
Photobucket

1 comment:

Fenridal said...

Attention! See Please Here