>

Saturday, April 5, 2008

Friendly Intec

بسم الله الرحمن الرحيم

The image “http://www.intec.uitm.edu.my/templates/uitmpurplev2/images/logouitm.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Hari ini merupakan hari Sabtu yg tiada kelas. Agak seronok, relax dan enjoy. Dan hari ni, pelajar-pelajar A-level Medicine (ALM) dari Intec bertandang ke kolej untuk perlawanan persahabatan dalam beberapa permainan. Antaranya ialah ping pong, basketball, volleyball, netball dan bola sepak jalanan (Street Soccer).


Dan aku, of course, aku x menyertai apa-apa permainan. Hanya menjadi penonton setia. Aku menonton perlawanan Basketball Lelaki, Ping Pong Lelaki dan Bola Sepak Jalanan Lelaki. Ping pong, aku menonton Hisyam, Aslam dan Iwan Iglesias beraksi. Overall, ok ler... Sesekali keluar daripada kepompong nerdity dan merehatkan minda seketika.


Results games, aku pun x tau, hanya bersorak tanpa mempedulikan results. Apabila Intec skor, aku turut bersorak, inilah semangat bersukan yg sebenar???

Aku pasti results akan diumumkan oleh Badan Pelajar (SC), pada perhimpunan akan datang, itupun jika Dr Horsfall membenarkan perkara ini berlaku.

Dan aku tengah bertungkus lumus mengulangkaji matapelajaran Kimia, disebabkan peperiksaan percubaan yg di sekitar selekoh (around the corner), dan matapelajaran lain seperti Bio, Physics dan Math (p3, arghhh), pun still x abis lagi.

Akan ku berusaha....
Photobucket

No comments: