>

Tuesday, August 26, 2008

Wall-E

بسم الله الرحمن الرحيم

Cerita perjalanan aku smalam ni masih blom tamat. Mesti korg tertanya-tanya ape jadik kat aku lpas pegi kolej kan? (hahaha, bajet ade org nak tny). Walaupun xde org nak tny, aku tetap nak cerita.

Ceritanya begini, aku still balik menumpang kenderaan Saudari Rashidah. Namun, Muadz dan Syauqi telah diganti pula dgn 2 org Firdaus. Merekalah Firdaus Amaran dan Firdaus Samsudin. Firdaus Samsudinlah yang telah menghasutku mengikutnya. Maklumlah, bas beliau balik ke Terengganu, negeri Mercedez adalah pada pukul 10 malam. Jadi, beliau buntu, xtau nak buat ape menunggu waktu tersebut. Jadi, Pidah mengajakku ke Lembah Tengah atau nama yg kurang famous, Mid Valley untuk menonton wayang.

Pada asalnya, aku menolak. Aku nak terus balik umah dan berehat sambil menikmati saat bersama keluarga tercinta. Namun, hatiku yg lembut ni tersentuh apabila memikirkan Pidah yang keseorangan smpi pukul 10. Maka, aku bersetuju nak menonton wayang bersama beliau. Ceritanya bertajuk Wall-E. Setelah menelefon makku, aku mendapat green light. Dan dalam hati aku, kuat menyuruh aku singgah di MPH Bookstore untuk beli buku Sis Zabrina yg baru, Life is an Open Secret, You, Me and We yang dah sekian lamer aku carik.

http://www.meshio.com/img/2007/maybank2u-and-gsc.jpg

Aku, Firdausses, Dzull dan Nazri didropkan di KL Sentral. Aku dan Firdausses menaiki komuter terus ke Mid Valley. Setibanya di Mid Valley, aku bersolat Asar. Firdausses merupakan musafir, jadi telah Jamak solat mereka di kolej.

Tepat pukul 5, aku dan Firdaus Samsudin (Firdaus Amaran da balik) masuk ke GSC berbekalkan segelas Milo ais dan sebungkus Cheezels. Kami masuk ke Hall 3. Waaa, kosong!!! Begitu banyak tempat kosong. X bez kah cerita ini? Aku fikir....

http://images.rottentomatoes.com/images/features/wall_e/wall-e_2.jpg

Lepas sejam setengah dalam panggung yg freezing like peti sejuk tu, flem tamat. Agak puas ati gak dgn filem ni. Selain CG yg mantap, cerita die pun ade pengajaran. Walaupun dialog dlm cerita ni AMAT terhad, tapi still, sume boleh paham. Kecomelan robot2 tu memang mencuit hati.

Cerita die begini. Jauh di masa hadapan, ketika tu, bumi dah amat tercemar dan banyak sampah. Manusia menambil inisiatif terbang menggunakan sebuah kapal angkasa yg amat besar ke angkasa lepas sehinggalah bumi dibersihkan. Wall-E ni merupakan sebuah robot yg berfungsi compresskan sampah2 di bumi. Spatutnya, banyakla robot2 seperti beliau, tapi semua da rosak. Tinggallah beliau satu sahaja. Dipendekkan cerita, satu hari, sebuah robot bernama EVE datang ke bumi dengan sebuah mission yg classified. Akhirnya, mereka bersahabat baik.

The rest of the story, tgklah sendiri. X bez nak diceritakan.

http://www.microsoft.com/malaysia/business/casestudies/images/mph_navision.jpg

Kami keluar dari panggung pada jam 6.30 petang. Lepas makan, kami pergi pos office untuk pos surat aku dan kemudian kami bersolat Maghrib di surau sebelah JUSCO. Lepas smayang, aku dan Pidah singgah di MPH untuk mencari buku yg aku da terget lamer da. Kami check di database MPH tu, dan ternyata, hanya ada satu je naskah buku tu yg tinggal. Namun, bile kami check di rak buku, x jumpe gak. Sedeyh. Aku balik tanpa sebuah buku.

Pidah, aku hutang ko RM 8!!! Jgn lupe tau!!!

Photobucket

No comments: