>

Saturday, August 23, 2008

Susah atau Senang?

بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk menerbangkan diri ke United Kingdom, pelbagai onak, ranjau dan duri perlu dihadapi dgn tabah. Ujian paling getir, of course, menghadapi peperiksaan A-level. Dan Alhamdulillah, berjaya menghadapi ujian getir itu.

Aku ingat, kalau da lpas A-level, everything will going to be alright. Tapi aku salah. Untuk fly, pelbagai benda perlu disettlekan. First2, Imperial College. Aku perlu menghantar secara pos dokumen2 berupa:

1) Certified copy of A-level result
2) Certified copy of IELTS result
3) Certified copy of financial statement

Dan sekarang, aku masih x mampu mengepos, menunggu hari Isnin ni untuk aku mengambil slip result aku.

Perkara kedua, passport. Aku still x buat passport lagi. Tapi, aku xdela risau sgt pasal passport. Sbab boleh settle dalam masa 2 jam jer. InsyaAllah, minggu depan disettlekan.

Medical Checkup. Adeyh, ni pun perlu untuk meloloskan diri dengan jayanya di Heathrow. Ni pun blom aku laksanakan. Maybe akan buat di Ampang Puteri Specialist Hospital next week. Pasal bayaran, xdela risau sgt, sbab PNB tanggung.

Perkara yang paling membimbangkan aku dan memeningkan kepala, visa. Begitu complicated untuk apply visa. Seorang pembaca blog ni menghubungi aku melalui YM, katanya:

Jpah, nnti citer kat blog psl visa ye... IA bermanfaat

http://www.rathburn.net/visa/uk/Entry%20Clearance.jpg

Secara amnya, aku susah nak beri penerangan pasal visa, disebabkan aku yg xde passport, memang xleh nak buat visa. Tapi, skit penerangan pasal visa application setakat yg aku paham.

1. Log on http://www.vfs-uk-my.com/ dan bacelah instruction yg panjang melebar tu smpi pening kpale korg.

2. Untuk memohon student visa, korg WAJIB. Diulangi, WAJIB untuk memohon secara online. Namun, perlu diketahui, WAJIB di sini bukanlah WAJIB Syar'ie.

3. Untuk memohon secara online, sile layari http://www.visa4uk.fco.gov.uk/

4. Pastikan anda dah ade passport b4 apply online ni, klu x, akan tersekatlah di step yg ketujuh application. Tapi xpe, anda boleh save dan sambung kemudian.

5. Pastikan korg print online form ni setelah anda selesai mengisinya. Dah print tu, simpanla, jangan buang plak.

6. Korg perlulah download checklist students dan student survey form. Borang2 ini bolehla didownload di http://www.vfs-uk-my.com/download_app.aspx dan scroll down kepada subtopik student.

7. Untuk korg yg apply visa sensorg, amatlah digalakkan untuk buat appointment. Tapi, untuk yg nak buat secara berkumpulan, lebih daripada 6 orang, anda diWAJIBkan membuat appointment. Appointment boleh dilakukan di sini.

8. Maka, bawalah segala dokumen yg diperlukan ke tempat yg ditetapkan dan tarikh yg dipersetujui melalui appointment yg korg dah buat. Ada kemungkinan korg terpaksa menjalani interview, jadi bersedialah.

Sesungguhnya, aku sendiri pening dengan prosedur nak buat visa ni. Jadi, korg dikehendaki jangan percaya terus atas ape yg aku tulis ni. Kaji balik dan tanya org yg lebih berpengalaman. Andai ade kesalahan dalam ape yg aku tulis, inform aku agar x menyesatkan lebih ramai org.

Korang fikir nak fly ni senang? Korang salah....

Photobucket

2 comments:

everjihad said...

wah amik IELTS jugak ek..hmm camner ek IELTS tu? nanti next sem saya pun kena amik gak. tapi bukan IELTS je. nanti ade OSSLT..ape nama pnjg da lupa da. itu preparation to Canada. huhu..nak fly pun susah ek..

bunyik mcm best jek..

FLY...

i believe i can fly..
i believe i can touch the sky
lalala..

Jpah said...

IELTS camne..
ade 4 komponen,
Reading, Writing, Speaking and Listening,

Slamat berjaya