>

Sunday, August 10, 2008

Kenduri + niat

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari Ahad yang indah. Walaupun diwar-warkan keluar result arini, tapi biler aku membuka email aku, masih xde email result lagi. Kecewa. Tapi nak buat camner. Maybe esok akan dapat result. Tapi esok da gi BTN. Xpela, sabar ajer, ade hikmah kut.

Pada harini, aku dijemput ke rumah jiranku, Mek Yah. Beliau membuat kenduri doa selamat. Maka, wajiblah bagi aku memenuhi jemputannya andai xde perkara lain nak buat.

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya.
(Muslim: 2574)

Maka, setelah nampak rombongan org surau datang, aku dan abah keluar dari rumah utk join diorg. Lepas salam2, maka, kami dijemput masuk ke rumah. Yaasin diedarkan kepada para hadirin. Pak Aziz menjadi imam bacaan Yaasin dan tahlil. 30 minit kemudian, bacaan tamat dan kami dijemput pula untuk menjamu selera.



Makanan die, perghh, mengancam. Macam2 ada. Tapi, lauk yg aku amik ialah rendang daging, sambal tempoyak dan ayam masak merah. Perghh, Mek ni org Kelantan, tapi lauk die, bapakla pedas. Mungkin makanan ni hybrid Kelantan dan Negeri Sembilan kut, aku fikir. Kami turut diberi bunga telur sebagai buah tangan. Wah, mengalahkan org kahwin plak.

Lepas kekenyangan makan, aku pulang ke rumah. Sakit perut, terus je aku berlari ke dalam tandas melaksanakan ape yg patut aku laksanakan.

The image “http://img54.photobucket.com/albums/v165/fizdane/logo/corporate/gov/biro-tatanegara.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Esok da mule BTN. Yg bestnye, sbab dapat jumpe kengkawan balik, dan yg x bestnya, sbab result pun dapat esok, BTN busan dan sebagainya. Tapi, biler aku fikir2 balik, alang2 da pegi BTN, baik betulkan niat untuk mencari ilmu kan? Yerla, kalau niat untuk isi masa lapang, memang hanya itu sajerla yg kiter dapat.

Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.
(Muslim: 3530)

Kat BTN gak kiter nak mengenali telatah manusia, especially mereka yg bergelar fasilitator BTN. Ilmu2 tentang negara kiter pun boleh dikaji. At least, bertambahla ilmu kiter dan moga menjadi ibadah. Maka, xdela sia2 gi BTN.

Aku harap agar aku dan rakan2ku yg akan gi BTN supaya ikhlaskan hati, rendahkan diri untuk menuntut ilmu dengan hati terbuka. Moga kiter di BTN nanti akan diberkati Allah.

Ilmu itu ibarat air yang mengalir ke tempat yang rendah. Maka, rendahkanlah hatimu untuk menerima ilmu.

Photobucket

1 comment:

Muhammad Nazeef said...

cam best jer lauk nyer~...
ei, gi BTN kat maner?..
aku smpi skarang takder kene gi pun~...awat eh?..
kene daftar ka?