>

Saturday, August 16, 2008

A Meaningful Journey

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini, aku mengikut abah ke Rembau untuk menziarahi datuk sedara aku yg sedang sakit. Maka, selepas Zuhur, perjalanan dimulakan dengan menuju ke Bukit Jalil untuk fetch Pakcu Karim. Pakcu Karim menunggu kami di Stadium Nasional. Selepas itu, kereta terus dipandu laju menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan.


Kami singgah di kawasan R & R Seremban untuk mengisi perut yg berkeroncong irama Malaysia yang melankolik lagi syahdu. Aku dapat rasakan perut abah dan pakcu karim pun turut begitu, mungkin bukan setakat berkeroncong, tapi irama hip hop dan pop. Kesimpulannya, kami LAPAR. Turun je di kawasan rehat, mata aku meliar mencari lauk kegemaran. Yeaahhh, aku membeli nasi dengan lauk lemak daging salai dan ikan keli goreng.

X brape lame kemudian, seorang pemuda dengan rambut pendek duduk di sebelah aku. Aku kaget. Muke die mesra, jadi, mengurangkan rasa risau di hati. Abah bertanya:

Dari mana ni?

Beliau menjawab, Banting,

Keje ape?


Tentera


Askar Melayu?


Pasukan khas

Pasukan khas?


Nama lain die, komando


Aku menjeling beliau. Betulkah die ni komando?

Abah tanya lagi: banyak ke operasi yang dah buat?

Adela, terjun dari 10000 kaki, tapi operasi lain saya xleh bagitau


*Legend:
-Dialog Abah
-Dialog komando itu

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/ge/TENTERA_tari.jpg

Pastu, pakcu Karim pulak menyoal siasat tentang hakikat tentera di negara kiter. Dan sedara tu dapat menjawab dengan baik. Aku semakin yakin yg beliau merupakan tentera komando. Banyak btul soalan yang dijawab dengan mumtaz jiddan. Mabruk! Dari parachute kepada senjata, dan sebagainya. Memang cool menjadi tentera....huhuhu...

Kemudian, perjalanan ke Rembau diteruskan. Seperti yg aku sangka, abah dan Pakcu Karim hangat berbincang tentang keadaan negara dinihari. Main topic of course, suasana politik tanah air. Sungguh menarik, maklumlah, aku ni baru balik BTN. Maka, banyak gak benda yg aku still x tahu dan banyak kekeliruan timbul. Mendengar perbincangan abah dan Pakcu memberikan aku banyak info yg aku x tahu selama ni.


Alhamdulillah, kami sampai ke Rembau dengan selamat. Sesampai je, terus kami menjenguk Datuk sedara aku. Beliau terkena strok. Nampaknya, beliau sihat dan masih sedar. Cume mulut die sedikit serong. Seluruh badan masih dapat bergerak, cume ade sesetengah bahagian yang susah skit nak digerakkan. Sungguh sayu aku melihatnya. Begitu hampir dengan kematian. Aku bertanya kepada diriku, adakah aku akan ditimpa perkara yang sama? Walau apa pun, kematian itu pasti. Adakah aku cukup amalanku untuk dipersembahkan kepada yang Maha Esa?

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُور
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Ali-Imran:185)

Kemudian, aku ditanya plak tentang Imperial College oleh Pakcu dan Pakcik Hamid. Maklumlah, diorg ni blajar kat UK dulu. Semangatlah diorg bercerita life di sana. Banyakla tips dan nasihat diberikan kepada aku. TQ!!

Pastu, menjelang kol 7, kami balik ke Ampang. Disebabkan tersesat dalam usaha mencari jalan ke Bukit Jalil, kami sampai ke rumah pada jam 10 malam. Namun, kami singgah di Bukit Indah untuk makan malam. Maklumlah, orang bujang, manala dapur nak berasap, hehehe. Ruang tamu agak bersepah. Kalau mak ade, dah sah kena mara. Baju x berlipat. Xpela, sebelum mak balik Isnin nanti akan aku kemas sumer mess ni....

Kesimpulannya, banyak yg aku dapat daripada perjalanan harini. Moga aku manfaatkan ilmu dan pengalaman ini...
Photobucket

No comments: