>

Wednesday, August 27, 2008

Alahai Passport

بسم الله الرحمن الرحيم

Menurut Jabatan Imigresen, PASPORT ertinya sesuatu Pasport yang sah yang telah dikeluarkan kepada seseorang oleh atau bagi pihak Kerajaan yang baginya ia adalah seorang rakyat atau warganegara dan termasuklah sesuatu bentuk dokumen pengenalan yang sah yang dikeluarkan bagi maksud perjalanan oleh mana-mana Kerajaan dan diiktiraf sebagai dokumen perjalanan oleh Kerajaan Malaysia. Whateva it means...

Traffic di KL, satu fenomena biaser

Hari ni aku berazam untuk membuat passport sebagai langkah persediaan aku untuk ke luar negara. Aku x risau sgt psl passport ni, sbab rakan2 aku kate, amat mudah dan effisien pembuatannya. Jadi, aku bertolak ke rumah seawal pagi dengan menaiki kereta yg dpandu abah menuju ke Subang Jaya. Jalan AMAT jem. Diulang, AMAT jem.

Mungkin sbab org nak masuk office ni, aku berkata dalam hati.

Kami sampai ke Pejabat Imigresen yg terletak di Terminal 2 Airport Subang. Setelah beberapa proses mengisi borang dan sebagainya, 20 minit kemudian, aku dah terima passportku. Tapi, cerita ni xdela tamat sampai sini. Ketika pegawai tu nak finalise aku punye passport, dimintanya IC aku. Aku pun bgla dgn selambe. Tetibe die kata,

IC awak x dpt dibaca sistem. Awak kena pergi dapatkan IC sementara kat JPN

Haa?? Kecewa. Ingatkan da nak settled. Rupenya, ade ujian yg Allah timpakan. JPN yg terdekat terletak di Petaling Jaya, sebelah bangunan PKNS. Hanya 10 minit drive dari Subang. Ok, aku dan abah bergegas ke kereta dan meluncur terus ke jalanraya menuju ke PJ.

Ape nama highway ni?

Namun, sangkaan 10 minit perjalanan meleset sama sekali. Sewaktu kami memasuki highway Damansara, x sampai tol pun lg, dah sesak. Hampir sejam kami terperangkap dalam kesesakan itu, dan x sampai 2 km kami bergerak. Kalau dikira purata halaju, kami hanya bergerak 2 km sejam, sebuah kelajuan yg amat membanggakan! Memang ujian ni menguji kesabaran kami.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
Abdullah bin Mas'ud r.a


JPN PJ

Selepas kami berjaya keluar ke Lebuhraya Persekutuan, aku menarik nafas lega. Trafik bergerak lancar walaupun sedikit sesak. Terus je kami masuk pusat pentadbiran PJ dan menuju ke JPN. Di sini, x smpi 20 minit, aku dah mendapat temporary IC ku. Dan aku akan mendapat MyKad baru dalam masa 2-3 minggu lagi. Jadi, aku dan abah bergegas balik ke Subang.

Sunway Piramid

Dalam perjalanan pulang, trafik lancar dan tiada masalah dalam perjalanan kami. Segera kami menuju ke Imigresen dan aku segera memphotostat IC sementara aku lalu terus je aku redah orang ramai untuk menuju ke pintu yg ditulis 'Dilarang Masuk'. Aku duduk dalam office Imigresen dan tetibe namaku dipanggil dan aku diminta letak jariku atas laser untuk diimbas dan, siap! Aku dapat passport aku. 5 minit je diperlukan untuk menyettlekan dokumen aku. Tapi, delay hampir sejam setengah sbab IC yg x dpt dibaca. Sabar2.

Office Abah, Heitech (dahulunya PNBit, Divisyen IT PNB)

Abah dropkan aku di stesen Komuter Subang Jaya dan terus bergegas ke tempat kerja. Sian abah, die ade meeting kol 12 tghari ni. Makan pun blom lg tu. Dari Subang, aku ke KL Sentral, menukar Putra lalu menuju ke Masjid Jamek. Dari situ, tukar pulak ke STAR dan menuju ke Ampang. Dari situ, aku menaiki taxi terus ke rumah dan sampai pada jam 12.40 tghari.

Alhamdulillah, da ade passport.

Photobucket

No comments: