>

Thursday, August 28, 2008

Med Checkup dan Puasa

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas aku bersolat Qabliah Isya', teringat pulak yg kiter bakal menempuh Ramadhan, jika dipanjangkan umur beberapa hari lagi. Teringat plak suatu peristiwa yg berlaku petang tadi. Ceritanya begini. Petang tadi, ada seorang sahabat bertanya kepadaku:

weh jpah.kalau puase xle la buat medical checkup kan?

Aku menjawab,

pesal? Klu suntik pun, x batal puasa. Lainla klu ko suntik glucose

Beliau menjawab,

ntah.ade org ckp xle

Jadi, apakah hukum med checkup ketika puasa? Klu isu yg dibangkitkan ialah pengambilan darah atau penyuntikan, ni ade jawapan yg aku amik dari blog Serambi Dakwah, iaitu blog yang aku simpan nota2 agama aku. Jawapan ni diberikan oleh Ustaz Zaharuddin.

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

Ada banyak lagi kekeliruan tentang puasa ni, dan bolehla korg browse ke dalam Serambi Dakwah untuk tgk perkara2 lain berkenaan puasa.

http://f4iqun.files.wordpress.com/2007/09/ramadhan.jpg

Jadi, amat mudah nak mengamalkan Islam kan? Moga post ni dapat menjernihkan kekeruhan dalam otak dan dapat membuatkan kiter melakukan amalan puasa dengan tenang dan harmoni.

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa!!!!

Photobucket

3 comments:

cpy/pst said...

soalan2!!

kalu pakai inhaler?..

aku asthma dowh~

Unknown said...

allez sur le site Web sacs réplique gucci parcourez ce site Web répliques de designer de haute qualité regardez ce site sacs de répliques en Chine

southou said...

resource a5k73z4i58 replica louis vuitton bag replica bags ebay web link a7r03o8k75 Ysl replica 7a replica bags replica bags canada my company g9r02v4a59 replica bags wholesale in divisoria