>

Tuesday, August 5, 2008

Muslim Overseas Camp 08

بسم الله الرحمن الرحيم

Muslim Overseas Camp 2008 sudahpun berakhir. Alhamdulillah. Perancangan berbulan-bulan lamanya akhirnya disimpulkan selama 4 hari 3 malam. Tahniah kepada fasilitators yg sanggup menghabiskan waktu cuti mereka dan sanggup bersengkang mata menjayakan program ini.



Apa yg aku dapat daripada MOC?

1) Ilmu yg banyak melalui perkongsian oleh ustaz Hasrizal, Mr Zaidi dan super seniors tentang ilmu2 sebagai Muslim di luar negara, terutamanya hukum2 fiqh yg penting dan cabaran2 yg bakal kami hadapi di United Kingdom dan Republik Czech.

2) Berjumpa dgn rakan-rakan KYUEM yg dah lama x jumpe (melainkan bebudak PNB), ada yg dah gemuk, rambut panjang dan sebagainya. Disebabkan dah lama x jumpe, memang meriah atmosphere.

3) Berjumpa dgn seniors dan super seniors, berbual panjang ngan mereka yg lebih berpengalaman hidup di UK.

Secara umumnya, aku rasa MOC mmg berguna dan worth untuk datang. Barulah jelas tentang kehidupan Muslim di UK, dan banyak info tentang university dan course yg bakal aku hadapi nanti. Dan aku sedar, walau di mana kiter berada, Islam perlulah dipraktikkan kerana Islam itu mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan.


*gambar diambil dari SaifulIslam. Aku amat tension melihat gambar
Rodhi dalam blog ustaz Hasrizal.


Dan, makanan di PPAJ ni amatlah mewah dan sedap. Memetik kata2 Muzzein,

Bilelah nak balik ni, duduk sini gemokla aku, makanan sedap2.

Yupp, kami makan 6 kali sehari dan makanannya amatlah sedap. Kengkadang, makan nasi dengan 2 lauk, supper pun makan roti john atau burger, memang x lapar duduk sini, mungkin bertambah sihat kut? Tahniah kepada PPAJ.

Kepada juniors, MOC mmg amat bermanfaat untuk korg survive di luar negara nanti. So, berazamlah dari sekarang untuk menyertai MOC tahun depan. Rugi kalau x pergi!!!

Kepada para peserta MOC, jika tahun depan anda dijemput menjadi fasilitator, terimalah tawaran itu dgn hati terbuka. Jika seniors kita sanggup berkorban demi kiter, maka, perlulah kiter berkorban untuk juniors kiter.

Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.
(Muslim: 64)

Photobucket

4 comments:

Afnizar said...

Fasilitator dengan senang hatinya datang berjumpa adik-adik.. walaupun Jelebu tu panas tak macam UK..huhu

Tapi food kat situ memang sedap dan mewah kan? Mujur akak tak berapa sihat sepanjang kat sana, kalo ikutkan selera makan yang normal, konfem bertambah berat badan.

Jumpa di UK nanti, InshaAllah :)

Barakallahu fik

ex-fasi MOC 2008

Anonymous said...

jepah ... gambar tu gambar senior ko kan ... aku tgk ada senior maahad aku ..thaha .. kui3 ..diorng tu dah fly ke blm? ko fly bler ?

Jpah said...

Thaha da ade kat Leeds.
Aku InsyaAllah, blan 9 ni fly,
tuk pun tgk result gak, cuakkk

thaha said...

salam,

eh, rupe2nye ade org cakap pasal aku dalam ni.. huhu.. kantoi.. aku rase cam knal je mamat jr aku kat maahad tu.. mesti bdk sepintar kan? aku agak je.. sorry la aritu jadi fasi bosan.. haha, aku nampak korg ngantuk aritu!