>

Thursday, November 27, 2008

Menjadi Internasional

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru balik dari Imperial College. Ingatkan nak pegi MSD malam ni, tapi memikirkan ade meeting jam 9 malam, perlu aku tangguhkan hasrat ni hingga minggu depan.

Harini kelas Math, tajuk kalkulus. Seperti janjang arithmetic yg aku da buat melalui kelas2 Math terdahulu, jika minggu lepas kelas 2 minit, harini, kelas dijangka 1 minit sahaja.

Gloucester Road Station, stesen tube terdekat dgn hallku

Namun, duduk di lecture theatre C tu menunggu tutor yg x kesampaian. Setelah hampir 20 minit menunggu, semua pelajar beransur keluar dari lecture hall itu. Lab partner aku, Ladi, dari Nigeria berkata:

What? I don't know anything about calculus

Sian die. Hahaha.

Autumn di London

Seawal pengajian dulu, ketika aku menerima jadual pembahagian kumpulan, aku rasa amat sedih sbab terasing dari rakan2 Malaysiaku yg lain. Mereka satu group dan hanya aku sorg terasing. Namun, setelah hampir sebulan berlalu, terasa bersyukur dan sedikit puas hati apabila dicampakkan dalam keadaan begini. Aku berkawan dgn bebudak international, Ladi dari Nigeria, Filippo dari Cyprus, Yasin dari Algeria, budak2 China yg aku x ingat2 lagi name diorg, budak2 British yg nakal2 dan sebagainya. Andai x dipecahkan begini, mungkin aku x berkawan dgn mereka ni.

Sebelum fly dulu, aku fikir:

Hurm, ape kelas duduk kat uni yg ramai Melayu, x berkembang nanti

Namun, sewaktu awal2 masuk Imperial dulu, baru aku terasa betapa bestnya kalau ramai kawan Melayu. Cakap memang senang, tapi bile kiter da dalam situasi tu, baru kiter tahu betapa sukarnya situasi itu. Namun, aku diberi peluang untuk berkawan bersama2 rakan2 international, walaupun pada asalnya terpaksa, namun, lama2 jadik best kawan ngan diorg. Namun, perlu diingat, rapat ngan diorg x bermakna kiter perlu ikut perangai diorg. Sifat2 yg baik seperti amanah, rajin dan berani bertanya kiter ambil dan tanam dalam diri tapi sikap2 buruk seperti pergaulan yg xde batas, minum alkohol dan bahasa2 carutan mereka, toksahla ikut. Prinsip ini dinamakan Kaizen dalam budaya Jepun (ilmu ESQ)

Ring, ring

Telefon internal bilikku berbunyi. Adeyh, sape plak call aku tengah seronok tulis blog ni. Aku angkat gagang telefon:
Hello Hu..za...fah, suara rakanku, Ladi yang masih pelat sebut nama aku

Beliau bertanyakan aku tentang beberapa soalan berkaitan DNA. Memang rakan Nigeriaku ni rajin menelefonku untuk tanya soalan2 yg die x paham. Kengkadang tu, call pukul 12 malam, adeyh, tension gak aku, dah tido da! Sampai aku kena ckp:

I've already in bed, can u call later?

Kepada yg membaca, memang betul, kiter sememangnya selesa pabila bersama komuniti Malaysia. Namun, sesekali tu, keluarla dari komuniti itu dan bercampur dgn masyarakat antarabangsa untuk kiter membuka minda dan lebih yakin di masa hadapan. Jangan terus duduk di dalam kepompong masyarakat Malaysia tanpa keluar bergaul. Lebih teruk, jgn plak terus duduk di dalam sangkar KYUEM. Berkawan hanya dgn bebudak KYUEM sampai x gaul ngan org lain, sampai wujud golongan KY, golongan KMB, KMS, Intec, Taylors dsb. Macam yg selalu aku perhatikan, ade kekawan aku yg xnak bercampur dgn org2 yg die tak biase. Susah gak kan?

Suke rumah2 yg ade pokok kat dinding nih

P/S: Kenapa kiter panggil KYUEM sebagai KY? Masa kat kolej dulu, x pernah plak sebut camtu. Sewaktu jumpe presiden UKEC, saudara Amir Fareed dulu, selepas die mintak no telefon aku, die berkata:

Jgn sebut KY, sebut KYUEM. Budak2 bukan KYUEM je panggil kiter KY.

Hurm, something to ponder.

Tu je kut repekan aku pada harini, kalau ada pengajaran untuk diambil, silekan, kalau ade kekurangan, tinggalkanlah. Semoga apabila kiter pulang ke Malaysia nanti, kiter bukan sahaja membawa segulung ijazah, tapi juga pengalaman dan peribadi yg tinggi dan matang untuk kiter bersama2 memimpin agama, bangsa dan negara.

Rumahku!!!

Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

ha!!! tau xper..korang dak kyuem la yg seringkali bergaul berkelompok..xgitu? kms tidak sekali kerana ku tidak punye kawan disini..haha~
i used to think to go to a place where there is no malaysian at all.. but here i realised how important is malaysian friends,we need them,those wo have the same religion,same view and can act as a true friend.. but no doubt that we should also expand our circle of friends and mixed around with people from another country so that we can learn new things and broaden our mind. anyway thanx fro all kyuem students who willing to be friend with me! =)

peyrkeson said...

i loved this gucci replica bags Continued louis vuitton replica dig this high replica bags

nasash said...

r9l36e9t11 x0m28m7x62 o4g39h1m46 j5l83f2j58 q7n58j3c91 k9d24z8f49