>

Thursday, November 20, 2008

Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya, meeting pertama yg rasmi team aku telah berlangsung. Walaupun hanya bermeeting secara online, tapi, x bermakna perbincangan x boleh dijalankan, kan?

Tahniah kepada ahli2 kumpulan aku yg menghadirkan diri, sanggup mengorbankan masa study demi menghadiri meeting. Walaupun ade SEORANG yg x menghadirkan diri, tapi, mungkin beliau ada perkara lebih penting untuk dilakukan.

Moga kerja2 kiter selepas ini akan berjalan lancar. Untuk ahli teamku, ikhlaskanlah diri anda bekerja kerana Allah. Andai ada sahabat2 dalam team ni tersungkur, papahlah die untuk kembali bangkit. Jika ada yang tidak bersemangat, bakarlah kembali obor semangatnya.

Andai aku terkasar bahasa, harap dimaafkan. Andai tersilap memberi arahan, harap dibetulkan. Jika tidak setuju dengan keputusanku, tegurlah, bincanglah dgn berhemah. Jgnlah simpan dlm hati, kelak akan meranapkan keharmonian team ini. Memetik kata-kata Paklah PM (bukan Paklah UCL):

Jangan bekerja untuk saya, tapi bekerjalah bersama-sama saya

Moga kerja kiter dipermudahkan. Jumpe lg in the next meeting.

notakaki: tujuan menulis ni hanya nak menyampaikan ucapan penghargaan aku kepada team member aku yg sanggup menerima tugas ini walaupun x dapat ape2, tapi insyaAllah, akan dapat pahala, andai ikhas di hati. X payah kut nak sebut nama korg kan? Huhuhu. Selamat bertugas!

(kepada yg bukan team member aku, maaf andai x paham, anggaplah ini tazkirah untuk kerja berkumpulan, huhuhu)

Photobucket

No comments: