>

Saturday, November 8, 2008

221b Baker Street

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini mengikut jadual hidup aku, terdapat satu sesi pada pagi ni yang bernama:

Hari berjalan sorang2

Jadi, selepas da busan aku menulis esei bertajuk 'peroxisome' sehingga dah hampir 95 % siap, terasa nak berjalan plak diri ini. Selepas solat Zuhur sekitar jam 12 tengahari, aku keluar dari bilikku dgn berpakaian kalis air dan membawa sekaki payung, maklumlah, hujan di luar tu. Tgk ramalan cuaca pun, hujan berterusan sampai pukul 4.

Jadi, aku decide untuk menuju ke Baker Street untuk melawat rumah bernombor 221b. Sapekah yg tinggal di situ? Untuk pengetahuan, di 221b Baker Street la tempat tinggal penyiasat terkenal Britain, Sherlock Holmes dan pembantunya, Watson. Well, walaupun watak ni direka oleh Sir Arthur Conan Doyle, tapi amat terkesan sampai ramai peminat beliau di serata dunia. Aku pun turut membaca novel Sherlock Holmes! Dan yg menariknya, masa sir Arthur Conan Doyle tulis novel ni, di Baker Street time tu, hanya ada x sampai 100 pintu, jadi, mmg direkala rumah 221 ni. Ape2pun, pintu 221b ni dah pun dinamakan sebagai 'The Sherlock Holmes Museum'.

221b, Baker Street

Ruang makan Holmes n Watson

Bilik tidur Watson

Peralatan Watson

Ruang Holmes n Watson berbincang

Pakcik Holmes yg dibekukan

Pakcik Sholto

Kunci asal rumah 221b

Tangga menaiki rumah Holmes. 17 anak tangga, macam dalam novel!

Museum ni kecik jer, xde besar mane. Diorg juz nak menggambarkan semula tempat tinggal dan scene2 yg pernah ditulis dalam novel sebelum ni. Kagum aku dgn susunan2 perabot yg mmg seakan2 sama dgn description dlm novel, walaupun xdela perfect. Banyak gak barang2 yg digunakan oleh penyiasat ini beserta pembantunya dipamerkan. Cool! Turut bersama aku dalam museum tu adalah beberapa pelancong dari France. Semangat betul diorg berbincang tentang setiap barang2 yg dipamerkan, hehehe. Novel2 Sherlock Holmes pun murah gak, juz 7 pounds satu, tapi sbab aku da download, so, sorryla, hehehe.

Novel2 Original Cetakan pertama


Disebabkan ada temujanji dgn super senior PNB, Azlan Kamal (Apak) pada petang ni, xela aku amik masa lamer sgt di museum tu. Lagipun, museum tu mmg bersaiz sebuah rumah British. Jadi, aku beransur pulang. Sebelum pulang ke bilik, aku singgah di Bayswater untuk membeli lunch, dan first time makan traditional fish and chip. Ingatkan x mengenyangkan, tapi, masyaAllah, kenyang sungguh!

Setakat tu je la perjalanan aku seorangan harini. Lepas ni nak fikir nak gi mana untuk perjalanan sorg2 yg seterusnya....

Detektif Muda Huzaifah, hehehe

Photobucket

2 comments:

topanmoon said...

jepah.
spe watson.

Jpah said...

watson tu adalah assistant sherlock holmes