>

Wednesday, November 5, 2008

Memberi dan Menerima

بسم الله الرحمن الرحيم

Adeyh3, letih amat plak baru balik dari kelas komputer Biochemistry nih. Bukannye letih dlm kelas, tapi letih berjalan kaki pulang dari Imperial.

http://farm1.static.flickr.com/22/32901096_563fdbff54.jpg?v=0

Dalam perjalanan pulang melalui Queens Gate dan Old Brompton road, teringat plak pesanan seseorang yg dah aku x igt sapekah orgnya yg menegaskan tentang pentingnya memberi daripada menerima.

Terbaca dulu tulisan ustaz Hasrizal tentang memberi nih. Even, slogan beliau pun 'erti hidup pada memberi'. Beliau menceritakan tentang fenomena pasangan2 sekarang yg mendirikan rumah tangga dengan harapan untuk menerima sesuatu. Jika inilah sebab rumah tangga ini terbina, dikhuatiri, rumah tangga akan goyah andai salah seorang merasakan die tidak menerima ape yg dikehendakinya (ie: kasih sayang, perhatian, duit-muit dan sebagainya). Conversely, andai dibina berdasarkan prinsip untuk memberi, maka, masing2 tidak akan jemu2 memberi yg terbaik (dunia dan akhirat) dan dgn ini, rumah tangga akan bertambah kukuh, jitu dan padu.

OK, enough about rumahtangga. Kalau nak tahu lebih lanjut, masukla blog ustaz Hasrizal, penulisan beliau mungkin lebih tepat.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(al-Bukhari)

OK, ape yg aku nak tulis ni berkaitan dgn memberi, tapi bukan dlm konteks rumah tangga, tetapi dalam konteks2 lain kehidupan ni. Pertama, dalam persahabatan. Korg rasa, andai persahabatan tu dibina kerana salah seorang mahukan sesuatu dari rakannya, ke mana diorg akan pegi? Andai kerana duit, jika sahabatnye sudah tiada duit, maka, adakah persahabatan ini akan kekal? Kalaula persahabatan tu dibina untuk kiter meluahkan perasaan, macamana kalau kawan kiter tu x mampu mendengar keluhan kiter? Teringat kata2 pujangga:

Amat ramai org yg minta mereka didengari, tapi amat sedikit yg menawarkan diri untuk mendengar

Jadi, apa kata, jika selama ni, kiter asyik nak kawan kiter mendengar keluhan dan masalah kiter, kiter plak yang menawarkan diri untuk mendengar masalah dier? Boleh?

http://lh6.ggpht.com/_f81WsiSPzlg/RrTCPQ1wuoI/AAAAAAAAAWI/mkOEJKZvkf8/DSCN6321.JPG

Samala dalam sesuatu organisasi. Penyertaan yg semata2 mengharapkan sesuatu xkan kemana. Contohnya, kiter masuk sesuatu organisasi untuk mendapat kuasa dan populariti, ape jadik kalau kiter x dapat kedua2 benda tu? Adakah kiter akan bersemangat? Kiter akan terus putus asa dan down, motivasi hancur dsb. Namun, jika setiap ahli dalam sesuatu organisasi komited untuk memberi, maka, bertambah mantap dan tampan (mapan) organisasi itu.

Teringat sebuah kata2 yg diucapkan oleh bekas presiden Amerika, Kennedy:

Don't ask what the country has done to you, but ask, what have you done to the country

Jadi, meh kiter sama2 ubah persepsi, ubah minda. Daripada jadik seorang yang nak menerima, apa kata kiter jadik seorang yang memberi?

http://imagecache2.allposters.com/images/pic/SAG/KT055~Live-Simply-Give-More-Expect-Less-Posters.jpg

Photobucket

2 comments:

Ede said...

Kennedy.

mira zin said...

quote tu john f kennedy..bukan washington