>

Wednesday, November 19, 2008

Dah Sampai

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi, aku mendapat E-mail melalui khidmat emel Imperial:

there is a parcel/letter for you to collect at reception 44 between 16:00 - 18:00 Monday - Friday. Please bring your ID with you.

Regards

Liz Haugen

Hall Supervisor


Wawawa, ade parcel untuk diriku. Disebabkan kelas aku hanya sejam je harini, iaitu pada jam 10-11 pagi, lepas lunch dan solat Zuhur, aku bergegas pulang ke bilikku di Evelyn Gardens.

Menjelang jam 4 petang, setelah beberapa kali tertidur dan tersengguk di meja belajar, jam menunjukkan pukul 4 petang. Masa yg ditunggu telah tiba. Aku bergerak ke Bernard Sunley, di mana terletaknya House 44 ataupun Hall Office. Aku masuk ke office dan berkata:

Here is my ID and I want to retrieve my parcel

Setelah makcik tu mengamati kad ID aku, die berkata:

You have 3 parcels


What? 3? Aku terkedu sebentar. X kusangka banyak macam tu. Setelah menandatangani buku tu, aku membawa barang2ku pulang ke bilik. Sampai ke bilik, ibarat harimau mencakar mangsanya (ape jenis perumpamaan ntah), aku mengoyakkan plastik bungkusan2 itu. Yeayy!!! Da dpt sleeping bag yg aku beli dari Argos. Aku beli benda ni untuk persediaan aku pergi ke PUISI nanti. Benda ni gak berguna andai ada pengunjung nak bermalam di bilikku. (Hint: Wan, nanti ko kena tidur dlm benda ni la).


Dan bungkusan yg dinanti sekian lama pun turut sampai. Tersenyum aku melihat bungkusan dari Malaysia itu. Ku koyakkan kertas pembalut. Di dalamnya terdapat 3 buah buku dari Malaysia. Yeayy, bertambah bahan bacaanku!

Buku2 dari Malaysia

Buku mmg banyak, tapi x abis2 baca, ape nak jadik? Okok, nak study!!!!

Photobucket

2 comments:

mira zin said...

ibarat harimau mencakar mangsanya

haha.hiperbola je ayat tuh.

bun said...

haha...cabaran seterusnye...memasukkan semula sleeping bag argos ke dlm sarungnye setelah menggunakannya....haa, bkn mudah tuu...