>

Friday, November 7, 2008

Saya Suka Kelas Math

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang tokoh pernah berkata:

Go down deep enough into anything and you will find mathematics

Di mana2 pun, kiter menggunakan mathematics. Dalam kehidupan seharian, jual beli, pengiraan masa, matematik amat penting. Sebab itulah, nak xnak, walau seteruk mane kebolehan mengira, kiter perlulah mendampingi subjek ini, untuk memudahkan kehidupan seharian kiter.

Sebenarnye, aku nak citer benda lain, saje je buat intro gempak skit, huhuhu.

Citernya begini, selepas saje abis lecture Biochemistry dgn tajuk menarik, Spectrometer and fluorescent (tajuk ni begitu menarik sampai Firdaus tersengguk2 tidur sebelah aku), aku dan Firdaus menuju ke Prayer Room IC di Princes Garden. Nampak nasi lemak di atas meja, lalu, dgn pantas, aku membeli satu nasi lemak dan memanaskan sedikit dalam microwave oven.

Aku dan Firdaus makan di depan EEE building. Harini mendung aje nampaknya. Rindu matahari. X ramai org duduk makan kat luar, maybe sbab sejuk kut. Sedang aku baru je nak menjamu selera dgn nasi lemak ni, ternampak 2 org individu yg amat ku kenali beserta seorang lelaki yg sasa. Mereka adalah wakil dari PNB, iaitu Dr Iliyas dan Pn Rukiah. Lelaki berbadan sasa itu pula adalah saudara Izzaldeen atau nama manja, Ai. Baru aku teringat, harini hari Khamis, 6 November. PNB datang melawat Imperial!!!

http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_pnb.gif

Sebagai seorang pelajar tajaan PNB yg berhemah, aku bangun dari tempat dudukku dan mendekati mereka bertiga. Aku mendekati mereka sambil melambai2 mesra. Aku bersalaman dgn Dr Iliyas.

Dah lame ke sampai? Aku tanya Dr Iliyas, mesra.

Owh, pagi tadi sampai, ni nak balik dah ni, jawab beliau

Aku tanya Pn Rukiah, tadi, jumpe ngan ramai personal tutor?

Hurm, 2 org je datang.

Huh, aku cuak, adakah tutorku, Encik Baldwin hadir?

Tutor awak Geoff kan? Die salah seorang yg datang, cakap Puan Rukiah.

Wahaha, aku tergelak dalam hati. Memang komited juger tutorku ini, hehehe. Kemudian, Ai, yg hampir aku lupekan kewujudan beliau bersuara,

Nak jalan sekali ngan diorg x?

Owh, xpela, aku nak lunch, jawabku tegas, hehehe (serius, lapar giler)

Pn Ruk

Jadi, aku mengucapkan selamat tinggal kepada Pn Ruk dan Dr Iliyas. Terima kasihla sbab sanggup melawat diriku ini. Ucapkanlah selamat kepada rakan2 di Malaysia (sambil air mata berlinangan).

http://latimesblogs.latimes.com/photos/uncategorized/2008/02/27/math.jpg

OK, selepas kejadian itu, aku pergi ke kelas Data Analysis di Lecture Theatre C, Royal College of Science. Aku mmg menanti2 kelas Data Analysis atau math ini setiap minggu. Amat suke kelas ini. Kenape? Sbab, selepas menghadirkan diri selama 5 minit, kami dibenarkan untuk pulang. Minggu ni jadik rekod sbab kelas 5 minit je. 2 minggu lepas kelas 20 minit. Minggu lepas kelas 10 minit. Minggu ni, 5 minit. Mengikut polanya, classtime is inversely proportional to week. Adakah minggu depan kelas hanya akan berlangsung selama 2 minit setengah? Tunggu dan lihat!

Saya suka MATH!!!!

(sori jika tajuk xde kaitan sgt dgn math)

Photobucket

5 comments:

TOPAN said...

henpon baru! yeay
sila sila call saya! gaga


www.topanmoon.blogspot.com

mira zin said...

wow..5 minit lecture math?pantas...

Pak Cu said...

Wow! IC yang WCU buat kuliah 5 minit jer. Pak Cu kat UiTM ini kalau 5 minit, dapat surat tunjuk sebablah gamaknya. UiTM... di hatiku. Benteng terakhir orang Melayu kan.

Jpah said...

bukannye kuliah, pakcu, juz tutorial yg 5 minit. Sbab ape yg die ajar mmg simple math, so, sesape yg xde masalah, boleh pergi lpas sign attendance

aKmA said...

suke maths jugak!!

sajee~