>

Saturday, November 1, 2008

Bebudak Warwick

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh sebab PNB nak kiasu buat camp esok dan meeting ngan tan sri pada hari Ahad, maka, terpaksalah bebudak Warwick ni menjelajah UK ni menuju ke London, kota keriangan. Dan, selaku warga London yg budiman, perlulah aku pergi menjemput mereka yg seperti kehilangan arah ni.

Disebabkan kelas petangku yg start pukul 2 petang berakhir awal, iaitu kire2 2.10 petang (Imperial pun ade kelas 10 minit jer), maka, plan diatur untuk pergi dulu ke Royal Oak, lebih spesifik, rumah super senior, Isa untuk membayar hutang beliau yg telah membayarkan tiket untukku pergi ke Ireland.

Dari IC, naik tube di South Kensington menuju ke Bayswater, kemudian, berjalanlah aku menuju Lapworth Court tu. Sejuk btul. Sesampainya di rumah beliau, terus aku berlari masuk tandas. Kesejukan itu menyebabkan aku x tahan untuk ke tandas. Hanya ada Poklah dan Isa di umah tu, yg lain sume ade kelas. Kami bersolat Asar same2. Aku SMS Iwan, dan die kata die bertolak pukul 3.30 dan akan sampai ke Marylbone pada jam 5 petang. Aik, banyak masa ni, apa aku nak buat?

Aku igt nak tido kejap kat umah Isa tu sesambil menunggu pukul 5. Namun, x lama kemudian, Amir Faiz atau nama comelnya Apen, menelefonku. Beliau berada di Piccadily Circus, lebih spesifik, Lillywhites dan mengajak aku untuk ke sana. Pantang diajak, aku terus keluar dari rumah Isa dan menuju ke Warwick Avenue untuk menaiki tube ke Piccadily Circus.

Kim salam kat Apen, cakap kat die, jgn shopping jer, pesan Poklah dgn nada insaf.

Kami bertemu di Lillywhites dan aku tergoda membeli sepasang jaket dan sepasang baju Reebok. Murah! Hahaha, aku, Fitri dan Apen membuat plan untuk mengambil bebudak Warwick ni. Jadi, Fitri akan bersamaku dan Apen akan pergi ke Euston.


Sesampainya di Marylbone, aku bertemu dgn Izzat Hanafi, Iwan dan Dzull. Setelah bersalamp-salaman, aku, Iwan dan Izzat berpisah daripada Fitri dan Dzull kerana haluan kami berbeza. Salam perpisahan diucapkan penuh kesedihan.

Jumpe lagi esok, ujar aku sayu. (hahaha)

Disebabkan dah pukul 5.30 dan aku still x solat Maghrib lagi. Isyak masuk pkol 6.22 petang. Alamak, sempat x ni? Aku berkeputusan untuk singgah di Imperial untuk bersolat di situ. Alhamdulillah, sempat sampai. Pastu, kitorg berjalan kaki menuju Evelyn Gardens. Aku sempat menelefon Shah mintak die bersedia untuk memasak untuk 5 org. 20 minit berjalan kaki, Izzat dan Iwan dah merungut jauh. Ye ke? Kire dekat la 20 minit berjalan tu bagi Londoners, hehehe.

Kami masak kari ayam. TQ kepada Iwan yg menjadi chef memasak kari. Terima kasih juge kepada Brahim's sbab menjual paste kari tersebut. Disebabkan masing2 kelaparan, tanpa banyak tanya, licin nasi dan kari Brahim's tersebut. Nyum3.

Skype-ing (kepala Fitri di kiri)

Malam ni, Iwan, Izzat dan Shah akan tidur di bilikku yg kecil ni. Walaupun sempit, tapi muat jer. Bile lagi nak rasa kemeriahan bersama kan? Apen plak skype aku, sibuk jer. Namun, meriah sebab kami dapat berkumpul camni (walaupun secara maya). Jarang gak dapat peluang camni.

OK, esok pagi nak gi bawak bebudak ni jejalan London. Nak pegi maner???

Photobucket

2 comments:

mira zin said...

siap berterima kasih kat Brahim's tu..terharu beliau..haha..

wan said...

tolong sound apen tu, jgn nak 'making' sgt haha