>

Saturday, November 15, 2008

Being Scientific

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, berakhir sudah minggu eksperimen yg memenatkan bagi diriku. Setelah 4 hari dalam minggu ni berkampung dalam Barber Lab di Royal College of Science (salah satu bangunan Imperial), harini, berakhir sudah eksperimen. Namun, pengakhiran suatu eksperimen menandakan permulaan suatu tugas yg amat tidak menyeronokkan, iaitu lab report.

Namun, aku bersyukur coz hanya perlu membuat 4 mukasurat lab report sahaja dan diberi masa 2 minggu untuk menyiapkannya. At least, minggu depan aku ade 3 hari di mana xde kelas petang, cool!

Minggu ni kitorg buat eksperimen Gel Electrophoresis. Agak menarik coz selama ni, juz tgk eksperimen ni dibuat di dalam video je, tapi kali ni, kami membuat sendiri. Daripada extraction DNA kepada pembuatan agarose gel, sume kami lakukan. Mujurlah dgn teknologi terkini, kami x payah nak buat Southern Blotting, tapi juz menggunakan fluorescence material dan observe di bawah sinaran UV.


Namun, melihatkan gambar DNA yg aku dapati dari sampel aku, aku agak pelik. Walaupun Dr Ed Hendriks kate:

This is perfect!

Namun, setelah aku amati betul2 aku punye sampel, aku dapati marker kami hanya ada satu band jer! Untuk undigested lambda bacteriophage DNA, ade banyak band pulak. Ini sudah memeningkan. Aku bertanya kepada Dr Hendriks dan kemudian beliau menjawab:

Well, maybe the technicians did some mistakes

Apakah? Selambenya beliau berkata demikian. Tapi, aku juge yg mempunyai masalah nak buat report. Grup2 yg lain juge nampaknya menghadapi masalah yg sama. Mereka juge pelik dgn keputusan mereka. Aku bertanya kepada Ladopi, lab partner aku, namun, beliau seperti tidak mengetahui ape2. Perbincangan diteruskan antara aku, 2 orang budak China dan sorg budak Mat Salleh:

Budak Mat Salleh tu berkata:

You know what, why don't we just change the label of the marker with the label of the lambda DNA

Aku sebagai seorang yg x pandai sangat memanipulasi data (hehehe), berkata:

You can't do that, that's not scientific (sile baca dgn nada British)

Mamat omputeh tu jawab,

Well, I agree with you, but do you want to be scientific or do you want to graduate?

Aku speechless.

Kesimpulannya, aku pening dgn lab report nih. Namun, akan ku gagahkan jua membuatnya. Doakan aku!!!

Photobucket

9 comments:

Awang Najib Bin Awang Mohamad said...

"hanya perlu membuat 4 mukasurat lab report sahaja dan diberi masa 2 minggu untuk menyiapkannya"

aku pelik, kenape ayat nie mst ade ble ko mention psl lab report. sensitive tau!

Jpah said...

sori, x bermaksud menyinggung mana2 pihak, huhuhu.

Aku tulis tu sbab mmg betul2 bersyukur

Apen said...

lab report ak hanya mengisi borang due muka surat yg double spacing dan mempunyai dua soalan sahaja. hantar esoknya. haa....jeles x? jeles x?

Rashidah Abdul Hamid said...

apen mmg jahat..

miLo said...

xpe jpah.berusaha! bole nye.lab report awal2 die bagi can punyaa =)

Anonymous said...

Dr. Ed hendriks tu tpu dowh....lecturer ak pun kate perfect memanjang...padahal bapak x accurate ar...psikologi je tu.

Jpah said...

to apen - nampak mcm senang, tapi mungkin x senang, kan? Kalau senang, ko banyakla free time. Moga ko berjaya menguruskan banyak free time tu sebaiknya. Banyak masa merupakan satu cubaan Allah, ingat, kiter akan dipersoalkan tentang apa yg kiter lakukan dgnnya

to rashidah - takpe, apen nak berkongsi kebahagiaan die jer, no worries

to milo - insyaAllah, doakan aku

to anonymous - die x tipu kut, mungkin nak bagi aku motivasi dan galakan untuk terus berusaha.

Apen said...

senang! senang! soklan die. mmg bnyk la mse nk beribadah. insyaallah. nk pindah ucl x? :p

Pak Cu said...

JPah, Pak Cu selama ni dok semak amali, hasil mungkin berbeza-beza tetapi discussion tu yang menunjukkan maturity dan purbity. Ahakkk3X... Maksudnya discussion tu mesti kaw-kaw. Jawab dengan 5W 1H. Baru perfect! Take care.