>

Thursday, November 20, 2008

Senior sejak dulu

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada malam semalam, seniorku sejak dahulu (di SBPI Rawang, KYUEM dan kini Imperial College), melawat aku dan Shah di hall aku. Beliau datang pada waktu dinner (saje je), untuk menjenguk 'adik-adik', beliau ni, hehehe.

Adab kepada tetamu, perlulah dilayan dgn sebaiknya.

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
(Muslim)

Setelah kepala pening nak serve ape untuk dinner, aku fikir nak masak ayam masak merah. Shah bersetuju. Agak awal kami buat preparation untuk masak. Defrost ayam, lumur dgn kunyit n garam dan sebagainya. Ketika Imran sampai, mujurlah, lauk kami hampir siap, x payahla beliau menunggu lama.

Im dan Shah

Sambil2 makan, kami berborak2. Adat setiap senior yg datang, soalan yg ditanya mesti:

How's life?

Dan jawapan skema kami:

OK

Huhuhu. Lpas tu, borak2la pasal pengalaman beliau di UK, bertukar-tukar pendapat dan mendapat pelbagai advice untuk survive di negara orang ini. Adela gak selit2 unsur sejarah dan falsafah oleh beliau, mmg tajuk2 ni favourite si Im ni.

Tapi, yg paling mantap adalah Im datang dgn membawa 2 bungkusan besar Walkers. Untuk pengetahuan, Walkers ni adalah sejenis keropok yg menjadi breakfast atau lunch yg paling mudah untuk org2 di London. Shah awal2 telah sebat satu bungkusan besar bawak balik bilik dier. Ciss! Im mengajak datang rumah die:

Jomla datang rumah aku. Aku akan pastikan ANEP masak sedap2, (ciss, igtkan die nak masak)


TQ Im kerana datang. Kaulah senior sejati (sebab sekian lama ko da jadik senior aku!!!)

Photobucket

No comments: