>

Friday, November 14, 2008

Hakikat Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Adeyh, letih benar harini. Kami menyediakan bahan2 dan menjalankan aktiviti gel electrophoresis untuk membuat analisis DNA. Menarik. Setelah DNA dah diekstrak, kami membuat gel menggunakan bahan bernama agarose. Kemudian, letakkan DNA sample dalam well di agarose, kemudian, lalukan dgn elektrik di atas buffer solution dan tunggu sampai esok, wahahaha.

Okok, terlalu banyak buat eksperimen minggu ni sampai fikiranku dihantui dengan bau bahan kimia serta bunyi alatan2 makmal, hahaha. Keluar je dari lab pukul 4.30, keadaan dah gelap ditambah dgn hujan rintik2. Terus je aku balik ke bilik untuk bersolat Maghrib. Dalam perjalanan, teringat suatu kejadian yg berlaku malam semalam.

Semalam, aku berSMS dgn seorang sahabat yang merupakan salah seorang team member aku yg dikasihi. Tetiba, beliau bertanya,

ble nk wt konferen? dh plan ke...

Aku menjawab SMS beliau:

hu3. X pasti lg. X sabar nak keje nampak

http://farm3.static.flickr.com/2392/2841642544_7b88ba0a5c_o.jpg

Terharu aku dgn sahabatku ni. Bukan senang nak carik org yg minta keje. Orang2 zaman sekarang ni mmg suke bersenang-lenang. Jarangla jumpe anak muda yg rajin bekerja, malah, siap mintak untuk diberikan keje, huhuhu. Mmg susah nak carik pemuda seperti ini, calon suami mithali, huhuhu. Namun, teringat firman Allah:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
Kemudian apabila engkau telah selesai dari satu-satu pekerjaan, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha meneruskan pekerjaan yang berikutnya .
(Al-Insyirah: 7)

Mungkin sahabatku ini berpegang kepada ayat ini. Tahniah, tapi jgn bangga sgt, kueh3 (gelak Muadz). Moga diteruskan semangat ini!

Kemudian, beliau membalas mesejku itu:

Xde ah..sje nak tau. lg awal lg bgus sbb mkn lama kte akan mkn sibuk =)

Aku menjawab:

Klu ade, aku bgtau, kemudian menerima balasan,

Ok bos

Aku amat setuju dgn sahabatku ini. Sekarang, mungkin banyak masa lapang, namun, mane tahu ape akan jadi di masa hadapan? Aku lihat diriku pun, banyak je masa lapang, tapi banyak gak yg aku bazirkan. Hakikatnya, nikmat ketika waktu lapang inilah perlu kiter rebut sebelum datangnya kesempitan masa.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

http://i278.photobucket.com/albums/kk102/hydroplasma/time-1.jpg

Terima kasih kepada rakanku ini kerana perbualan pendek melalui SMS sedikit sebanyak dapat mengingatkan aku tentang hakikat kehidupan ini.

Kepada team members aku yg lain, maaf andai xde ape2 berita kebelakangan ni. Bile sampai masanya, aku akan panggil buat meeting. Harap bersabar, aku tahu korg x sabar2 nak buat keje, huhuhu.

OK, nak masak pre-made lauk, kari Brahim's for dinner!

(notakaki: kerja yg dimaksudkan di sini bukanlah kerja untuk dapat duit)

http://farm4.static.flickr.com/3226/2668047396_2c09dff982.jpg?v=0

Semua gambar adalah tajaan dan diambil daripada IluvIslam

Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

Salute!!!